Sunday, March 28, 2010

Practice Make Perfect

Hujung minggu. Hujung minggu. Apa yang dilakukan sewaktu hujung minggu. Berehat. Namun rasenya masa hujung minggu bekerja sebagai surirumah tangga. Hehe. Practice make perfect. Hikhik. Tidaklah.

Hujung minggu beberapa minggu lepas. Setelah melakukan kerja-kerja rumah. Kemas beranda, kemas ruang tamu, kemas bilik dan kemas dapur. Memang banyak bahagian yang perlu dikemas. Last sekali biasanya kemas dapur Sebelum memasak untuk makan tengahari sebab ibu bekerja. Jadi 100% adalah tanggungjawab saya. Kalau ibu tak bekerja, mungkin tanggungjawab akan jadi 50% sahaja.

Kebetulan pada waktu itu, tidur tak cukup. Bukan sebab tidur lambat tetapi kurang lena disebabkan sakit lengan. Kenapa sakit lengan? Sebab inject vaksin H1N1. Jadi sakit sebelah tangan termasuk sekali leher dan kepala. Ok2. Jangan buat orang lain cuak. Saya memang mudah sakit walaupun kadang-kadang orang lain biasa-biasa aja kena inject. Petang selepas kejadian dicucuk itu, memang rase dah lemah dah. Jadi bawa ke malam. Malam nak tidur lupa nak makan panadol, maka terjadilah malam yang menyeksakan lagi menyakitkan.

Keesokanya harinya (seperti yang dieceritakan di atas) masih bekerja keras walaupun kurang sihat. Well. Tengok-tengok. Saya bukan seorang yang manja ok. Malah sangat kuat semangat. Cewah. Dah settle sesi mengemas rumah kira-kira pukul 12.00 t/h, ada orang kolim. Tak sempat nak jawab. Tengok-tengok my cousin in law. Wah. Wah. Macam dah dapat agak nape dia call. Kolim lah balik. Dia cakap nak hantar my nephew saya yang 2 orang tu ke rumah. Untuk dijaga. Sebab xde orang menjaga 2 orang budak itu sebab dia kena pergi kerja. Her husband yang merupakan my cousin, tidak ada di rumah. Pergi memancing ke Tasik Kenyir. Bermalam di sana. Huhu. Kesian. Sebab saya tahu, dia memang sudah tidak ada pilihan lain, dia terpaksa hantar anaknya ke rumah saya untuk dijaga. Mak cik saya pula ada di Kuala Lumpur. Ok. Hantar la. Walaupun dalam otak duk memikir “macam mana ni? Boleh ke nak jaga 2 orang budak tu?”. Tetapi kalau tak hantar ke rumah saya ke mana lagi nak dihantar. Dengan keadaan yang tak sihat sepenuhnya dan tak sempat memasak lagi. Macam mana ni. Ibu pulak tak ada d rumah.

Tengah cuci pinggan, tiba-tiba dapat merasionalkan diri. Tak perlu berfikir. Laluilah sahaja. Practice make perfect. Hehe. To be honest, saya bukan penggemar budak-budak. Bukan. Bukan. Bukan tak suka. Cuma buka jenis orang yang bila jumpa baby atau kanak-kanak, akan cakap “ala-ala, comelnya dia”. Pastu pegang-pegang baby tersebut. Pastu nak dukung-dukung baby-baby yang masih lembik, memang agak kaku la. Pastu mcm nak agah-agah kanak-kanak mahupun baby, bukan saya. Bukan saya. Haha. Tak tahulah kenapa. Tapi situasi semakin baik lah. Tidak seperti dulu. Kalau dulu, kalau ade budak kecik datang dekat, buat tak tahu aja. Keh.Keh. Keh. Macam jahat aja kan.

Tapi nasib baiklah kedua-dua budak ni, saya suka. Sebab comel dan dah selalu datang rumah. Dan dah selalu jadi manga buli dan teman bergaduh saya. Haha. Cuma ditinggalkan bersama saya tanpa ibu saya, mahupun ibu mereka mahupun nenek mereka dalah situasi yang tidak biasa. Dan yang paling tidak biasa, 2 orang budak dengan seorang manusia yang tidak sihat yang letih serta masih belum memasak. Memang tidak biasalah. Oleh yang demikian, bila timbul idea practice make perfect itu memang idea yang sehabis fikir untuk merasionalkan diri. Sebelum kanak-kanak berdua itu tiba, sempat la menyiapkan rempah ratus untuk memasak. Sempat kopek buah kelapa sendiri dan belah. Terpaksa dah ni. Walaupun tangan mcm cacat sebelah. Lepas kedua-duanya, sampai, ibu mereka ulit untuk tidur takut budak-budak ni menangis nak ikut emak mereka pergi kerja. Parah. Parah. Tapi xnk tidur pulak. Saya dah mula risau. Memang berserah je masa tu. Bila tiba masa my kazen nak pergi kerja, saya pun ikut la hantar. “Adib, tolong tengok-tengok kalau ade lembu masuk dalam pagar umah tok yang “ Cewah. Baik punya ibu dieorg alih perhatian. Perhatian si adik sahaja. Si kakak tak ada masalah sbb dah biasa datang umah saya, sejak kecil. Dah salam-salam. Ok je. Saya pun dukung si adik, cakap kat dia, “Bye-bye mama cepat. Mama nak pergi kerja.”. lepas my kazen dah pergi. “Adib, tengok lembu ek. Kita bukak tv tengok kartun”. Haha. Walaupun dalam hati nak gelak. Tengahari hari jumaat mana la ada kartun. Keh. Keh. Pastu tinggalkan budak 2 orang tu depan tv, sambung masak. Sebab nak cepat, mesin buah kepala pastu blend je kelapa parut tu. Haha. Senang kerja. Xyah nak ramas-ramas pastu perah kepala. Dah la tangan sakit. Risau kan budak 2 orang tu tak terjaga pulak. Dalam duk masak kat dapur, pasang telinga. Takut bergaduh pulak budak 2 orang tu. Ataupun main benda-benda yang tak sepatutnya. Kira 2 dalam satu. Dengar budak2 tu bercakap macam lucu pulak. Pastu terasa dalam hati. Tak ada lah susah sangat. Macam lulus dah aku ni. Haha. Tipu je yang belakang tu. Yang depan betul. Tak lama ibu pun telefon. Mesti ibu dah tahu, my kazen hantar 2 orang budak nakal itu ke rumah. Dah tahu dah. Ibu mesti tak percaya mahupun risau mampukah saya menjaga 2 orang budak itu. Seorang budak pun dia kadang-kadang kurang mempercayai saya. Sebab saya suke mengusik dan bergaduh dengan budak-budak itu. Selain, saya cepat letih. Di kalangan keluarga, saya memang kurang diberi tugas-tugas berat. Sebab kalau org trg cakap ‘dok rok” atau dengan kata lainnya tak larat. Haha. Lepas memasak, hidangkan sekali, tunggu my grandpa n my bro balik solat jumaat, Then, makan. Budak 2 orang xnk makan, sebab masa datang pun dah minum susu. Ok. Baiklah. Bila da siap makan, kemas-kemas. Keletihan. Berehat lah di bilik sebab ade 3 orang tengah menyelia budak-budak itu. My nanny, my grandpa n my bro. Jadi, baby sitter boleh berehat sekejap. Si kakak datang nak tidur sekali. Haha. Sempat lagi gaduh dengan saya sebelum tidur budak ni. Ataupun saya yang cari gaduh dengan dia. Haha. Kena hati-hati sebab kalau dia bertindak ganas akibat sakit hati bila diusik, takut terjadi serangan fizikal. Jadi tangan yang sudah sedia sakit perlu dilindungi. Haha. Seb baik tiada apa-apa terjadi. Maka tidurlah si kakak sekali ngan baby sitter tertidur. Baiklah. Si adik akan lebih senang dijaga kalau si kakak tidur. Jadilah biarkanlah si adik dengan my nanny n my grandpa. Tidak perlu risau. Maka, tidurlah baby sitter dengan si kakak sehinggalah kepulangan my mom. Haha. Letih. Letih. Tapi pengalaman yang bermakna dan menarik. Bila keadaan memaksa boleh sebenarnya. Rase cam berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Well done lah!

Wednesday, March 24, 2010

i'm ok, ok!

Salam..

Nak bagitau ni.. nak bagitau... skang blog ade polisi.. polisi ini diiktiraf oleh tuan punya blog sahaja.. bukan dari mana badan-badan berkanun yang lain. Hehe.
Polisi blog adalah seperti berikut:

Blog akan hanya akan dibuka kepada umum semasa waktu pejabat sahaja. Dan waktu pejabat itu adalah waktu pejabat di Terengganu. Ini bermakna tidak termasuk hari jumaat. Waktu pejabat sahaja dibuka kepada umum.. selepas waktu pejabat iaitu selepas pukul 5 akan ditutup kepada umum.

sebabnye kenapa? sebab penulis xdpt access tenet selain waktu pejabat.. selain itu, ade sebab-sebab lain yang x dapat dinyatakan. rahsia dan rahsia.

Okeh. kita sudah selesaikan part pertama penulisan pada kali ini. Kita masuk ke part seterusnya.

Owh.. saya telah dijangkiti (x tahu lah boleh guna word dijangkiti ke tak) penyakit costochondritis.. iaitu radang pada tulang esp lower rib.. xtahu la nape tibe2 leh dapat sakit ni. sakit tulang lepas tu rase cam nak demam. Sebab tulang sebelah kiri, sy memang orang yg terlebih risau.. Pastu sakit2 bahu gak (tak pasti, mgkin sbb psiko, rase berdenyut sikit pun dah mcm berdenyut-denyut. kan dah cakap saya memang cepat psiko kalau berkaitan sakit). pastu terus psiko. ke sakit jantung. Wlpn rase cam mustahil, bile kite riso, mcm2 yang bermain di fikiran. Bila dah sampai ofis semalam, pagi cam ok lagi. dah lama-lama ckit, cam rase sakit. Bertambah la tahap kerisauan sedangkan tahap asal pun dah cukup menakutkan.

Masa waktu tengahari tu, sebab kerisauan dah tahap sampai ke kemuncak, maka telefon la M&HO klinik yang terdekat, Dr Baizura (Dr Bai). Dr Bai ade kursus. Cerita la kat DR Bai, dia pun tanya " Ade angkat bnda berat ke?". Tak ada rasenya. "Mungkin Costochondritis". "hah? Ape tu?". Mcam radang pada tulang. G klinik la, jmpe Dr fauzani. Ok2. Bahaya tak doktor? haha. nampak tak kerisauan yang beraja di hati?? Nampak kan. Nampak kan. "X bahaya. dia bagi painkiller, rest ok la". Ok2. Gembira cam lepas satu beban dilepaskan.

Tapi sekejap je. Lepas tu risau balik. Huhu. Riso selagi xde ubat. Macam duk fikir. Sebab ayt dr sebab awak ade penyakit. Mase dgr cam xde rase pe2. Lepas tu mcm byk berfikir sebab riso.

Oleh yang demikian, petang tersebut pergi la ke klinik berdekatan. Hehe. Segan sebenarnya. Sbb nak bgtau sakit tulang rusuk kat kaunter depan. Dah la semua kenal. dah dapat kad, pastu ade kosong je, terus masuk. Yang jaga tu suh masuk terus je. Jumpe MA. Hehe. Cakap la. Sakit tulang rusuk. Lepas tu beritahu apa yang Dr cakap sebelum ni. Dia cakap.. Owh.. Dia pun terus tulis ubat lepas tanya-tanya cikit. Pastu dia cakap radang2 sebab jangkitan. Hah?? Tanya lagi. "Bahaya tak?".. Haha. MA tu senyum je. Mesti die kate. "PZM ni mcm cuak semacam. Tak padan orang kesihatan". lantak la. sebab cuak dengar die cakap jangkitan. Pastu die check tonsil, BP. Wow. BP 148/90. Gile tinggi. Dia cakap. Tinggi ni. Mcm mana jaga makan. Hello! Hello. baik punya sound. Saya cakap bukan sbb makan ni. Mungkin sebab stress... Sebab risau sekali ng banyak kerja mungkin. Tapi macam sgt tinggi. Jadi ade masalah dan kerisauan baru iaitu kenapa BP boleh jadi tinggi..

Lepas MA tu tanya, umur berapa?? 24 tahun tahun ni. Hah? 24 ke? Yela. Tahun ni 24 tahun la. Macam pelik. Tak percaya ke ape? Ke nampak tua?? Ke tak percaya, muda sangat?? Namun persoalan itu hanya tersimpan dalam lubuk hati. Tidak tertanya walaupun nak sangat tanya kenapa buat reaksi pelik begitu. Nampak tua ke saya ni?? Tapi setelah lebih rasional, x perlu berfikir. Nampak lebih tua pun ok ape. Lebih matang. Takkan nak selalu umur 19 tahun. Haha.

Diri semakin sihat. Alhamdulillah. Hopefully everytim will b ok.

TinTa PeNuLis: Kenapa hidup perlu ada polisi...

Monday, March 22, 2010

Cinta Oh Cinta

Salam Penulisan

Persoalan yang silih berganti. Wow. Bukan. Tak pernah silih berganti pun. Tidak. Tidak. Cuma isu cinta macam hangat je sejak akhir-akhir ni. Minggu lebih tepat minggu ni. Baca Mingguan Malaysia tajuknya:

Tak tahan menahan panggilan cinta Lombok oleh ; Noraini Abd Razak

Dimulakan dengan pantun

“nasi lemak buah bidara

Sayang selasih hamba turutkan

Buang emak buang saudara

Kerana kasih hamba turutkan”

Isu cinta Lombok ni bukan baru tetapi sentiasa ada kes baru. Tetapi satu ayat penulis yang buat saya rasa memang tepat dan sinis adalah

“Tanpa berfikir panjang atau menjadikan takdir dan jodoh sebagai sandaran, maka gadis2 Melayu nekad melarikan diri bersama cinta seolah-olah hidup yang bakal dibina cukup sekadar dengan cinta”

Haha.. Bila baca memang rasa nak gelak. Boleh tersenyum. “Hidup dibina cukup sekadar dengan cinta”.. Dengan kata lain, makan cinta, tidur cinta. Segalanya boleh degan kekuatan cinta. Lepas tu dalam ruangan kartun pun berkenaan isu cinta Lombok. Dialognya berbunyi:

“Dulu gadis hanya pandang lelaki kaya, berharta, berpangkat besar, poket tebal, dan hensem sebagai jodoh. Tapi sekarang tidak lagi. Hanya sedikit umpan kata-kata cinta, berbekalkan sejengkal kebun sayur, kebun ulam dan sawah pagi sekangkang kera saja dapat membeli cinta. Sejumlah 500 wanita kita lari mengikut jejaka Lombok”

“Pelik sungguh! Cinta buta juga mereka pilih. Ceh!”

Rasa nak gelak lagi. Tetapi itu hakikatnya. Bukan mahu memperlekehkan cinta mereka. Sebab kurang adil kerana ada yang bahagia. Cuma kadang-kadang geram, sebab bila ada masalah, sibuk minta pertolongan orang. Ok la. Cukup. Tak perlu marah-marah.

Isu cinta kita teruskan. Sebab sekarang, isu hangat semasa adalah cinta. Jadi saya juga terjebak sama.

awak mcam sgt bertegas”..

Haha.. Sy gelak sbb kena sound. Sebab memang dah biasa dah kena sound.

Hahaha...jangan jadi macam saya.”.

Memang sy agak bertegas dalam isu-isu tertentu. Tapi untuk kebaikan saya rasa.

Saya juga tanya pada seorang kawan yang lain

Awak yakin awak mampu hidup dengan dia?

.. Wah, soalan mcm sgt direct dan sgt membunuh. Tapi saya memang org yang berterus- terang apa. Untuk kebaikan dirinya juga saya. Haha. Niat di hati mahu kawan-kawan berfikir panjang dan tidak menyesal di kemudian hari.

Jangan banyak meminta” atau dengan kata lainnya “Jangan demand sangat”.

Dan saya terus menjawab (budak ni memang suka menjawab kalau orang cakap.. haha.. mungkin la kawan saya kata camtu dalam hati dia)

Bukan demand, Cuma tak rase akan ade persefahaman”..

Benda yang penting bagi kita.. perlu penting bagi dia

atau dengan kata mudahnya, benda yang besar dan bermakna bagi kita, perlu ada persefahaman dengan orang itu. Sebab kalau tak, akan menjadi masalah besar. Perkara-perkara kecil xde persefahaman mungkin tidak lah memberi kesan sangat atau dengan kata lain bukan sme bnda perlu sama pendapat kan. Betul tak. Bukan nak jadi macam kembar ke ape. Bukan kena pakai baju same kaler nak nampak sama. Haha. Opsss… Isu sensetif…

Tapi isu dan perkara yang penting bagi kita itu perlu ada persefahaman. Sebab bagi setiap orang perkara penting dalam hidup adalah berbeza, kehendak juga berbeza dan kita memandang kehidupan juga dengan cara yang berbeza. Kalau isu dan perkara penting x dapat capai persefahaman maka akan timbul la konflik. Walaupun mampu bersabar untuk mempertahankan hubungan, mungkin selalu memendam rasa. Kalau sebelum kahwin mungkin la ok sikit, kalau dah kahwin, pandang muka pun sakit hati, macam mana nak hidup bersama. Sebelum kahwin, kalau ada masalah boleh la keluar bersuka-ria dengan kawan, xyah la memandang muka tetapi lepas kahwin, duk pandang muka yang menyebabkan kita makan hati, berapa lama boleh bertahan? Kalau kuat semangat, kalau ada anak, mungkin anak sumber kekuatan, boleh la bersabar dengan harapan pasangan akan berubah. Teruskan juga memendam rasa.

SUKA ATAUPUN TIDAK… AKU TERUS MEMENDAM RASA..

Itu ayt yang post kat facebook. Hehe. Kawan2 pun memberikan komen..

Ayt NINAKO “berhati-hati memendam rasa”

Perkara pertama ialah ayat itu adalah lirik lagu (dendam dalam diam by Nora).. walaupun lagu cinta.. tapi saya memandang lirik di atas bukan atas dasar cinta. Bukan soal hati dan perasaan namun secara umum kehidupan yang dilalui. Ada perkara yang kadang-kadang kita suka ataupun tidak, kita tak mampu menyatakannya kerana diam itu lebih baik. Lebik baik tengok sahaja. Kerana berkata-kata mungkin menambahkan kekusutan. Katakn kita tak sukakan sesuatu, namun lebih baik kita diam, sebab berkata-kata mungkin akan mengguris hati orang lain. Cuma kata-kata ini macam sedikit jiwang (bak kata FID) untuk diaplikasikan untuk kehidupan.

Berhati-hati memendam rasa ayat dari NiNa mungkin merujuk kepada soal cinta. Saya agak la. Lalu saya katakan padanya “rasa mcm berpijak di bumi yang nyata dan realistik”.. Bukan memendam rasa dengan menyimpan harapan sesuatu yang tidak pasti.

Persoalan yang pada pendapat saya perlu di tanya kalau seseorang itu ingin bercinta ialah “adakah kita rasa kita boleh hidup dengan si dia untuk sepanjang hidup kita?”

Ok la. Mungkin ada yang kate, penulis sangat negatif. Tau tak apa. Penulis juga sangat berfikir.. Mungkin juga penulis anti-cinta. Haha. Tak kenal maka tak cinta ok. Ok. Cinta lagi. Siapakah yg mmpu mengubah pandangan dan pemikiran penulis mcm sangat2 dialu-alukan.

Cinta tak bersalah namun manusia yang menyebabkan cinta itu dipandang serong. Cinta tak mampu berfikir. Manusia mampu berfikir. Jadi jangan salahkan sesuatu yang tak boleh berfikir namun salahkan manusia yang mampu berfik. Tak salah kita mencintai seseorang namun bagaimana cinta itu disalurkan. Bagaimana menunjukkan rasa cinta. Apakah niat kita untuk bercinta dan kenapa kita mencintai seseorang?

Huhu. Pendapat sgt panjang berjela. Sekadar pendapat. Mungkin ada yang tak suka. Mungkin ada yang terguris rasa. Mungkin ada yang kata, sibuk sangat komen pasal cinta, bukan doctor cinta pun. Haha. Saya pernah cakap pada sorang kawan “Nape rase macam pakar pasal cinta”.. keh..keh.. keh..

TinTa PeNuLis: Tengah menaip entri ni, Sambil tengok cerita Jidin, tiba-tiba Jidin keluarkan ayat “Kenapa makhluk di bumi asyik fikirkan tentang cinta? Tak ada tentang lain ke? “.. Tibe-tibe tersenyum sendiri. Nak Gelak pun ada. Jidin memang tepat dan sinis la dengan entri malam ni. Cinta.. Cinta.. Cinta..

Saturday, March 20, 2010

Kerja dan Kerjaya

Sejak menjadi wanita bekerjaya... cewah.. kenapa macam tak suke guna word "wanita". sebab mcam kelihatan agak tua dari usia sebenar sedangkan diri sndiri masih dewasa awal wlpn sedar diri bukan lagi remaja..haha.. Ok la. Apa kate kita guna istilah perempuan bekerjaya @gadis bekerjaya. Macam banyak songeh pulak nak tukar-tukar istilah.. Sedangkan nak cakap bekerja ke sebenarnya.. Apa bezanya bekerja dengan bekerjaya.. Bekerjaya adalah ade kerja dan bekerja. Ok la. Kita terus kepada pengisian setelah pengenalan yang panjang lebar beserta penerangan istilah-istilah penting yang akan digunakan sepanjang karya ini ditulis. Cewah. Perasan berkarya. Bila berkarya akan dikenali sebagai penulis. Penulis juga adalah sejenis kerjaya. Ok. tutup isu istilah.

sejak menjadi orang yg bekerjaya, rumahtangga macam kurang terurus. Maksud sy rumah termasuk tangga sekali. kalau dulu masa balik cuti sekali sekali mengemas rumah dan menyapu adalah rutin harian. Kalau x buat mcm ade yang x kena. hidup mcam tak lengkap. Sekarang mcm x sempat. pagi-pagi memang confirm tak sempat. Menyiapkan diri sndr pun kadang-kadang tak sempat. haha. apatah lagi menyiapkan rumah seperti mengemas rumah seawal 5.00 pagi. Memang tak la kan walaupun sgt rajin. Haha. Petang kalau balik dr ofis kol 5.30 ptg adalah masa untuk berehat + makan segala bagai. Tak terlarat nak buat rajin di rumah setelah sangat rajin di pejabat.

Rasa macam kebanyakan tenaga dihabiskan di pejabat. Hanya tinggal sisa tenaga untuk digunakan di rumah. mungkin lepas ni boleh diseimbangkan kegunaan tenaga itu. kalau sehari "calori intake" adalah 2000. Maka tolak BMR dgn diet-induced termogenesis, tinggal 700 mcm tu. 350 guna di pejabat, 350 guna di rumah. Macam mana nak kire. X perlu kire la. Macam menambahkan kesesakan otak yang memang telah sedia sesak dan tepu. jangan seksa diri. haha.

Cuma cam nak bgtau, bila dah sibuk dan letih di ofis, balik umah x dpt bekerja keras seperti hari-hari minggu. ingtkan xde la masalah. Macam larat je. tapi kalau diikutkan mungkin kalau terpaksa dan keadaan memaksa boleh je buat. Contohnya bila ade orang nak datang rumah ke. Haha. tapi kalau rumah tak bersapu pun masih ok. tak ada la macam longkah pecah ke ape. Cuma rase cam ade yang tak kena je sbb mmg dah biasa dan jadi rutin kalau berada di rumah.

Sebelum ni, rase cam pelik tgk org balik kerja pastu kate tak sempat nak mnguruskan rumah. Memang ye la rasenya. Sebelum ni rase cam bukan susah pun nak kemas rumah pastu memasak. Tgk cth org yg dah kahwin la. Bese tgk sebelum ni. Tapi bila jadi kepada diri sndr, nak uruskan diri sndr pun kadang2 terabai. haha.

Kepada yang mngkin dah rase psiko. Macam tu ke? macam berbahaya je bila dag bekerja. X perlu risau. Wlpn tak mudah sebenarnya mampu kalau tekad dan perkara-perkara itu memerlukan komitmen kita. Jadi begini mgkin sbb kalau tak buat pun xpe. rumah bukan jadi macam sarang ke ape. kalau betul-betuk bersepah, mampu je sebenarnya nak buat.

TinTa PenULiS: Berkata-kata dan melihat tak semudah melakukannya sendiri. tetapi kalau ade tekad dan keazaman yang tinggi, insyaallah tiada masalah. chayo'.

Monday, March 15, 2010

KehiLaNgan Kata-Kata

saya kehilangan kata-kata

saya bersedih juga

kita mengharap panas hingga petang

tetapi hujan di tengah hari

semoga tabah menghadapi

yang mendengar tak sama dengan yang melihat

yang melihat tak sama dengan yang merasai dan melalui

saya mendoakan yang terbaik

untuk semuanya

bila jadi begini

saya semakin menyedari

saya sangat menyayangi kawan-kawan saya

saya tak mahu kawan-kawan berduka

kalau mampu saya kongsikan sedikit kesedihan dan kesakitan itu

saya ingin sekali melakukannya

semoga tabah, semoga sabar dan semoga tenang dan kuat

menghadapi segalanya

Tuesday, March 2, 2010

Cameron dan Segalanya

Salam Penulisan

Mengambil sedikit masa untuk menulis blog.. setelah menyedari blog memang terbengkalai.. dan entri ni pun ditulis malam sebelum dipost. Sbb kalau kat pejabat memang x mampu nak berfikir nak tulis entri. [Xleh cakap busy byk kali… nanti ade orang marah.. fine2.. I tulis x mampu nak berfikir]

Percutian ke Tanah Tinggi Cameron (skema).. sangat menarik dan juga meletihkan.. Secara ringkas saya rangkumkan percutian nutri 2010. Pada malam khamis (25/2) bertolak ke KL dgn Cik Fid. Jumpa ½ jam sebelum bertolak dam kami mula berborak sehingga tertido dalam bas kemudian sambung balik bila bas berhenti dan sambung lagi bila dah sampai ke Plaza Rah. Bertolak ke Cameron 26/2, berjalan-jalan serta membeli belah dan mengambil gambar secara banyak pada 27/2 dan pulang pada pagi 28/2 ke KL. Pada malamnya saya dan fida@pidah naik bas balik semula. Dan akibat daripada keletihan disebabkan perjalanan yang panjang dan proses merayau yang mcm sgt havoc, maka telah terjatuh tidak sihat pada 1hb di mana hari saya perlu bekerja. Sampai 4 pg di rumah, then kol 7 dah kena keluar rumah ke ofis. Memang sgt meletihkan dan keletihan itu telah tak tertahan dengan tahap kesihatan yang agak merosot. Fid kata “awat sampai demam ni, lemah betul”.. Fine memang diakui sy sgt allergy dengan keletihan selain sgt mudah untk merasa letih dan keletihan itu berganda berbanding org lain wlpn perkara yang dilalui adalah sama dengan orang lain. Itu fakta dan hakikat yang telah lama diterima oleh diri sendiri. Acceptable bila jatuh sakit sebab letih. Fid juga cakap saya mcm sgt happy sepnjg percutian kali ini. Susah untk dicakapkan tetapi yang dilihat di depan mata tak sama yang ada dalam hati. Itu saya kira ape yang paling tepat menceritakan segala-galanya. Yang mengetahui terima kasih ats sokongan yang diberi. Yang tidak tahu, mungkin x perlu tahu sbb sme orang punya hal sendiri yang perlu diuruskan.

Pada 1/3, datang ke ofis dengan kepenatan dan dihujani dengan pelbagai masalah berkenaan progam pengurusan berat badan, kursus penyusuan susu ibu, jemputan ceramah yang mengejut dan pelbagai lagi termasuk komitmen dengan klinik sampai rase cam nak pengsan. Rase cam x mampu bertahan dengan tahap kesihatan yang merosot. Sampai ditegur oleh orang-orang ofis “Nape nampak sgt x larat”.. dan saya anta msg kat cik miki menceritakan keletihan dan perasaan tak mampu bertahan. Cik Miki kata “bertahan .. sikit lagi” Oklah.. Sikit tu maksud dia kontrak dah nak hbs.. haha.. Bila nak hbs ni terasa diri semakin disayangi.. cewah.. tak perlu explain part ni lebih2.. x perlu(2x)…

Banyak perkara yang telah berubah. itu hakikat yang semakin diakui.. kehidupan.. perangai.. situasi.. dan byk lagi yang telah berubah.. kita semua berubah.. harapnya perubahan itu ke arah yang lebih baik dan membahagiakan.. semua orang ade masalah sendiri cuma mungkin masalah itu adalah berbeza antara satu sama lain.. Alhamdulillah setakat ini tiada lagi yang bertarung dengan kematian. Maksudnya kita semua sihat walafiat kecuali saya mungkin. Semoga semua orang terus bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Tinta Penulis: Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri tapi hakikatnya dari Allah jua. Selagi kta diuji bermaksd Allah masih sayangkan kita dan ingin kita kembali dan merayu padaNya. Kekalkan potensi yang baik yang ada pada kita dan berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri adalah lebih baik