Saturday, January 30, 2010

HuHu... Tiada Kata2...

Salam Penulisan..

Saya semacam nak demam.. Rase cam kurus sbb cbuk ke sana ke mari.. rase cam.. rase cam.. rase macam2.. hehe Hehe..

Oklah.. minggu lepas adalah minggu mencurahkan air mata.. Sebab banyak sangat perkara dan peristiwa yg berlaku..jadi air mata pun mencurah-curah tanpa dapat dibendung.. Dah dibendung masih degil keluar jugak.. Duk atas katil, menangis teresak-esak cam budak sekolah tabika tak dapat beli gula-gula.. Hehe.. Cik ani cakap.. Kena kuat semangat.. Kena tabah... Cik miki kata.. dah2 jangan nangis.. awak kan kena byk rehat..jangan cara, biarkan je... kena positif, anda kan tabah.. Fine2.. Jangan buat conclusion.. Bukan sebab gagal interview ek.. tapi sbb lain..sebab lain.. macam sgt bnda yg terjadi dalam masa seminggu.. saya akan buktikan saya kuat dan mampu.. sy juga mnunggu confirmation tntg sesuatu.. kalau benar2 terjadi dan positif.. saya mmg perlu tabah.. ape bezanya dgn pe yg saya hadapi sekarang.. bukan nada riak dan bongkak merasa diri cukup tabah.. tetapi meniupkan semangat untk dr sndr..

cik fid xtahu pe2 yg terjadi...tapi akan diberitahu.. sbb nanti dia akan cakap.. "kata kawan.. camtu la kawan".. dan saya akan gelak.. sbb memang da biasa sangat dengan ayt dia yg sebegitu.. dan bila saya buat ayt yg sama dia akan cakap "mana aci..ambik ayt aku".. ok2.. fine la.. saya akan beritahu die.. jangan sentap ek fid..

semalam juga saya telah menonton siaran ulangan match Arsenal ng Aston Villa.. Mgkin sebab expectation terhadap Arsenal agak tinggi.. yang diwar2kn hebat kan.. tapi xde la bagus sgt dlm match ni... dalam match ni la.. da tu Wenger duk cbuk berbangga dengan team Arsenal ni..blh jadi juara liga.. ok la.. hebat la jugak no3 dlm liga.. hebat la.. hebat la.. Hehe.. tapi.. tapi Arshavin memang hebat dan pantas la.. Menggelecek bola.. cilok sane.. cilok sini.. memang BAIK PUNYA CILOK la.. pastu muka dia punya merah-merah n blushing2 mcm saya.. haha.. tapi xleh lawan Torres la.. hikhik.. [kesian kat Torres.. asyk cedera sahaja]...

ngah tgk match tu.. kazen saya yg lelaki tanya "kak long suka tgk bola ke??".. hah? mcm terkesima tak mampu bersuara.. nampak sgt ke, saya suka bola. then, my nanny dengan selambanye cakap dengan penuh spontan "Bakpe tak sukenye.. Bertempik sekali..".. Ayoyo.. baik punya nanny telah mmbuka rahsia cucu perempuan dia di depan cucu lelaki dia.. then my kazen which i call abg mi pun gelak sakan la.. "hahahaha".. benci betol la.. tp xde salahnya kan.. sy minat tgk bola.. lbh baik tgk bnda2 yg x baik.. walaupun memang sy bising ms tgk bola.. tapi aksi ini hanya di rumah apabila tiada tetamu sahaja.. kalau ade tetamu wlpn pak cik n mak cik sy.. sy akan lbh sopan dan bersantun sedikit.. biasa la kan.. xkn nak tengok bola ayu semcam.. xkn nak senyap je.. kena la cikit2 kutuk pemain yang sepak bola entah ke mana.. kena la excited ckit bila nak masuk gol.. xkn tgk xde perasaan.. xkn tgk je.. tapi.. tapi bila saya lebih byk cakap dr pengulas .. adik saya akan cakap.. 'kalau cakap byk lagi.. tukar siaran".. cewah.. nak ugut konon.. kalau tukar dia pun xleh tgk gak... haha.. tapi bagi menghormati adik saya, saya akan senyap dan selepas 5 min.. akan bising kembali.. kdg2 terlebih excited bila nak masuk gol.. sampaikan yang x masuk sy ingtkan masuk.. maklum la rabun...

TinTa PenuLis: Kesedihan Akan HiLang.. Luka akan Sembuh.. Namun parutnya tetap ada.. bukan berdendam.. cuma terlalu kecewa dan untk memaafKan...

Sunday, January 24, 2010

BiSiKaN NuRaNi...

Lautan kematian ombak

Tenang pantai tiada terusik

begitu tasik hatiku

sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai

Anugerah syurga di dunia

Doa kudus ak panjatkan

semoga dirahmati

Telah pun ku syukuri d dalam hidup ini

Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu, Sempurna pada pandanganku

Kau kirana

Keturunan terpilih, disanjung serta dihormati

Kau permata

Kesederhanaanmu mengejar kekayaan dunia

Kau mestika

Ketaqwaan dirimu, itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji

Apa lagi memuja

Salahkah ku kagumi

Perhiasaan duniawai

Bisikan nuraniku engkaulah pilihanku.

Akan ku pertahankan

Amanah suci ini


***********************

saya sukakan lagu nasyid ini..

tak tahulah kenapa..

hehe..

oklah..

saya semakin mnyedari sy memang mudah merajuk

setelah di"sound" semalam

wah..wah..wah..

kena sound secara direct seperti ini

patut sy juga dikatakan kurang matang

ms tu agak marah

keh.. keh.. keh..

tapi memang 'kot'

dalam perkara-perkara tertentu saya kurang matang..

cewah!!!!

TInTa PeNuLis: Dengarlah kata hati...


KeCeWa

Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik

Huhu… kecewa.. sy berada di landasan yang terbaik untuk berasa kecewa kan?? GAGAL… sy gagal dlm interview (IV) untuk jawatan PZM tetap…

Sy dapat merasakan petanda2 awal kepada keputusan itu.

Hati mcm xnk tahu pun keputusan IV tu.. mlm sebelum keputusan… sy bermimpi yg sy gagal... bl dikenang kembali.. ms dapat result PMR dulu pun.. mimpi jugak… dan keputusannya same dengan mimpi tu.. terus terang dikatakan bile kita terlalu mengharap.. kita mungkin sgt kecewa.. mungkin sy juga mengharap sangat… tapi kali ini kekecewaan itu tidaklah seteruk mana.. mgkin belajar dari kesilapan.. dari pengalaman.. sy pernah sgt kecewa…

Untk result tu, kawan sy.. fair yang tlg checkkan.. Bile dia call, dr suara die sy dapat rasekan sesuatu yang buruk… then when she ask whether sy nak tau tak keputusan IV sy.. sy dapat rasekan .. sy tak dapat.. sbb kalau sy dapat.. die mst beritahu terus.. tanpa tanya sy dulu..

Then, bila die da bgtau… rase cam sgt kecewa then fair said “aida, jangan kecewa sgt, fair pun x dapat.”

Then I said “fair, kecewanya”… keluhan yang rasenya ckp berat untk diluahkan tetapi itulah sebenarnya yang bermain di hati.

Fair “aida, tenang. Kite same2 sabar ek. Fair tahu, memang kecewa, tapi kite kena sabar. Fair lagi teruk, tahun depan xleh IV da.”

Then I thought, ok, sy akan bersabar. Tq fair, anda mcm sgt memahami.

Mengambil masa untuk mengajar hati dan akal untk menerima kenyataan. Cewah.

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita mungkin terlalu cepat berputus asa dan tidak percaya dengan janji Allah”.

Tiba-tiba teringat ayat dalam novel yang sy pernah baca.

“When Allah answers ur prayer, He’s increasing ur faith’

“When He delays, He’s increasing ur patient”

“When he doesn’t, He has something better for u”

Saya akan berpegang kepada kata2 itu.

Namun satu mempunyai satu tugas. Menyampaikan berita itu kepada ibu saya. Haha. Saya cuba menahan air mata agar tidak tumpah. Menahan sebak yang menyerbu di dada. Lambat atau cepat beritahu ibu, natijahnya tetap sama. Itulah yang berlaku.

Lepas tu, cik miki hantar msg “ Dapat x?”

Then, I call her. “tak dapat”

Cik Miki “bersedih ke? Tenang”

Saya “Saya tak bersedih pun tapi bile awak tanye gitu, saya rase sedih plk. Hehe. Awak check la. Saya rase awop dapat.

Then, kami bercakap pasal interview sblm ni. Orang2 yang dijangka dapat. Haha. Agak retropsektif. Mengundur masa lalu. Haha. Oklah.

Nway. Congrate tu Wawa dan Ct. kak Suzy juga. Well done lah.

Saya sudah tenang. Hidup perlu diteruskan. Banyak lagi yang mndatang. Bila kita rase sedih dan kecewa, bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada sekarang. Saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, tidak sakit2, dan sekurang-kurangnya saya masih ada kerja untk beberapa bulan lagi. Dan masa itu insyaallah cukup untuk saya merencanakan perjalanan hidup seterusnya. I’m ok la.

Seperti ayat dalam buku La Tahzan

Jangan bersedih. Lantaran bersedih itu menakutkan engkau untuk menghadapi masa depan. Dan kesedihan itu tidak akan mengembalikan yang hilang dan yang pergi; tidak akan menghidupkan yang mati. Dan kesedihan itu juga daripada syaitan.

Sekarang, kerja akan diteruskan seperti biasa. Komitmen akan diteruskan seperti biasa. Tidak akan ada istilah tawar hati untk bekerja. Sbb saya memang seronok bekerja. Saya bertekad meninggalkan PKD dalam mase beberapa bulan ni dengan imej yang baik. Wah.

TinTa PenULis: SeMoga KekeCewaaN ini Menjadikan Saya Seorang yang Lebih Baik. MungKin Juga KekeCewaaN ini perMuLaan kepAda Sesuatu YaNg LebiH InDaH.. AMiN… (terfikir juga adakah kekecewaan ini lantaran saya pernah buat orang lain kecewa.. maaflah kalau itu yang berlaku)

Wednesday, January 20, 2010

aDa aPa dEnGaN naMa ....

hehe..

hehe

hehe lagi...

setelah sekian lama..
akhirnya..
jgn suspen (2x)

saya telah tahu sesuatu
cewah
saje wat gempak
actually saya telah menjumpai maksud nama
gembira.. gembira

sbb dah lama da cari..
nurul memang da lama tahu maksudnya... cahaya..

tetapi ingatkan maksud "AIDA" tu xde
rupenya ada

apakah maksudnya

AIDA : Beruntung, imbalan, hadiah

hehe..
rasenya makne tu mcm kena je ng kehidupan yang dilalui

oklah..
tak mampu menulis lagi panjang
sbb gastrik..
huhu...

TiTiPan RaSa: blank!!!!




Tuesday, January 19, 2010

Kita Tidak Pernah Belajar

Apa kelebihan manusia berbanding makhluk yang lain
Kita dkurniakan akal untk berfikir

Menelusuri kehidupan yang memaksa saya berjumpa dgn pelbagai jenis orang, pelbagai jenis ragam, pelbagai latar belakang.

Satu perkara yang selalu bermain di fikiran adalah kenapa kita tidak pernah belajar dari kesilapan. Kesilapan di sini merangkumi kesilapan diri sendiri dan kesilapan orang lain.
Maksudnya di sini, ambil pengajaran.
Di mana puncanya?
Kenapa kita terus melakukan kesilapan?
Adakah kita telah berputus asa untk melakukan kebaikan
Mungkin juga.
Memahami bahawa untk melakukan perubahan bukanlah perkara yang senang
Jika kita seorang semangatnya kuat, kita mampu berdepan dengan segala cabaran untk melakukan arus perubahan
Namun tidak semua orang sekuat kerikil
Ada yang ampuh bak kaca yang terus pecah apabila terhempas
Justeru, apabila kita tak sekuat mana, harus diakui kita memerlukan sokongan.
memberi semangat agar kita terus kuat untk berubah.
Di sinilah pandangan serong dan terus menghukum menjadi musuh utama kepada perubahan yang lebih baik.
Bagi yg kuat, lantaklah apa orang nak kata, kita hanya tahu, kita mahu membuktikan kita telah berubah menjadi lebih baik.
Namun seperti yang dikatakan, tidak semua org seperti itu.
Yang lemah akan lemas dan hilang semangat.
Mungkin merencatkan semangat untk berubah.
Jadi patutkah kita rasa bersalah disebabkan pandangan serong dan sinis kita, maka hilanglah sifat baik dalam diri seseorang.

Kadang-kadang saya sendiri akan terfikir kenapa orang sanggup berbuat begitu dan begini.
Itu selalu bermain di fikiran saya sejak akhir2 ini.
Tidak belajar dari kesilapan.
Tidak keterlaluan dikatakan kadang-kadang saya berhadapan dan melihat situasi yang saya tak sangka dan agak keterlaluan.
bile melihat situasi begini, saya cuba bersangka baik.
Kadangkala kita tak tahu cerita sebenar.
namun harus diakui
Pandangan serong itu tetap ada apabila kita tak berubah.
Sekali mungkin kita boleh dimaafkan
Namun bila kita terus melakukan kesilapan.
Rasanya jangan salahkan orang lain apabila bersikap sinis dengan kita kerana kita sendiri telah mengabaikan kesempatan yang orang lain telah berikan kepada kita untuk berubah.

TinTa PenuLis: Memahami berkata-kata tidak semudah melaksanakan. Namun bukanlah lebih elok, jadikan ia lebih positif. Jadikan kata-kata itu sebagai panduan dan ambil sebagai kata-kata hikmah untuk melaksanakan. Sentiasa positif dan segalanya bukan mustahil namun kita harus kekal sedar, bahawa sekuat mana pun kita, kita adalah manusia yang lemah.



Monday, January 18, 2010

SeMaLaM & PenGorBaNaN

Salam

Tidak tahulah jika entri ini bercorak pengulangan atau tidak menarik.. saya br pulang dr gem resort. Menghadiri bengkel HSR. apekah HSR? if i'm not mistaken HSR stand for Health Scintifc Research. 5 hari yg hectic. Bermula dengan jumaat sehinggalah isnin yang merangkumi 4 hari berhempas pulas untk pembentangan kertas kerja HSR. Hehe. Memang pening la. Mcm nak present proposal tesis. Huhu. Tu pun byk yg kena komen. Memang letih. Fizikal dan mental.

Okeh, sebelum terlupa. Semalam adalah hari terharu. HikHik. Tidak tahu kenapa. Semalam saya mcm terlebih emosi dan sgt sensentif. Mungkin sbb emosi kurang stabil, pastu ade insan yang bertanya soalan yg sebenarnya takde la sensetif sgt pun tapi tibe2 perkara tersebut menjadi begitu sensetif pada sy mnyebabkan sy menangis. Bukan la menangis, cume menitiskan air mata. Wah, di ofis pulak tu. Nasib baik xde org nampak. Orang mungkan hanya nampak kesan akibat tangisan. Hehe. Tu la sape suruh tanye soalan yg bt saya tacing. Opssss. Tidak berniat untk menyalahkan org yg bertanya. Hehe. Tapi keluarlah ayat2 power. Antaranya?? jangan muntah ye kalau baca. Hehe

cinta dan sayang saje x cukup.. perlukan pengorbanan.

cinta pun perlukan pengorbanan [cewah.. sape ntah bg ayt power ni]

conversation seterusnya tidak perlu dinyatakan di sini. Sebab ia adalah luahan perasaan berciri "personal problem". Oklah. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ayat-ayat di atas. Dan mlm semalam juga adalah malam yang tacing [perstiwa berlaku di gem resort selepas waktu bengkel waktu malam]. Saya menonton English movie. Thriller movie i can say. [i'm alone sebab rumate balik rumah] tapi at d end cerita tu sangat tacing. Cerita Kasih sayang dan Pengorbanan yg sgt Tacing. Rase cam menitis air mata [ x sure menitis air mata ke tak].

semua orang berhak mndapat kebahagiaan

tapi kadang-kadang terlalu banyak yang perlu dilakukan dan dikorbankan untk mncapai kebahagiaan itu

[bukan ayt dr movie tersbut..hehe]

Then i realize dat saya mcm sgt sensetif semalam. Emosi kurang stabil. Perasaan begitu mudah tersentuh. Tidak faham lah mengapa.

4 hari yg hectic sudah diceritakan. Esok sy akan ke Marang. Saya rase bersalah kerana mengabaikan pihak yg satu lagi [cewah, mcm ayt org kawin dua.haha]. Tidak mengapa. masuk dalam zam baru 2010 la. Berlaku adil dalam berpoligami . Haha. Tidaklah. Dalam menjalankan tugas. I'll try my best. 70-30 percent da kira ok bos cakap.

Hehe. Oklah. Entri bercorak bosan sudah habis. Adik sy tgk cerita P.Ramlee. Xnaklah tengok sebab sy bukan peminat karya seniman agung negara itu. [sile ambil perhatian; sy tak cakap karya beliau tidak menarik. hehe. dun speculate my statement].

TinTa PenuLis: Dari mana datangya emosi?? Bukankah dari hati. Adakah hati dipengaruhi oleh logikal akal fikiran?? Bukankah tidak.

Thursday, January 14, 2010

Kerja Oh Kerja

Hari ini adalah hari Jumaat.. So, dekat terengganu cuti.. boleh duduk rumah.. Kemas rumah.. memasak.. tgk tv (mcm hari len x tgk tv je).. itu saranan ani semasa hari cuti... ok.. tapi sy perlu siapkan kerja ofis then email kepada yg berkenaan (ade org ckp .. sy skema.. weekend pun nak bekerja jugak.. nak bt cmne.. memang kena buat jugak).. hehe..

tajuk entri kali ini adalah kerja keras

akan bekerja keras dan telah bekerja keras

mggu lepas meeting teknikal.. satu hari.. dr 9.00 pg hingga 5 ptg.. wah.. rse sgt tepu.. byk bnda nak kena buat.. terutama saya.. sbb jaga 2 daerah.. konsep nye x sama dengan pzm tetap.. sbb kalau pzm tetap.. bile kena jaga 2 daerah.. maksdnye dipinjamkan ke daerah yg satu lagi.. tp sy.. bila jg 2 daerah.. bukan pnjam.. tapi bertanggungjawab sepenuhnya.. see.. byk bnda nak kena pikir.. bt plan tindakan 2 derah.. nak pikir bajet untk 2 daerah.. pastu nak bt kertas kerja untk 2 daerah.. buat rcp 2 daerah.. nak jaga 9 buah klinik dengan kira-kira 40 klinik desa..
tapi seronok sebenarnya bekerja.. trust me.. bile kite memang suke dengan kerja tu.. mcm sy..

memetik ayt bos
untk sy " sy tahu memang berat tugas .. tapi itulah hakikatnya.. aida memang dilahirkan untuk jaga 2 daerah"..

kah2.. kami gelak beramai2.. nasib baik semua pzm baik2.. we support each other... wlpn kdg2 melalui phone call sahaja.. bile nak wat pe2.. kite mintak pndapat.. kongsi idea.. x tahu.. rujuk bos atau senior pzm.. tetapi.. satu perkara yg sy sedar.. xkn selamanya nak bergantung pd org len.. boleh mntak pndapat.. cume bile da bbrp bulan bekerja.. kite kena ada usaha sndiri, kena berani buat keputusan sndr, kena tahu dengan baik semua msalah daerah, kena kreatif buat prubahan dan jangan hanya orang kata.. meneruskan legasi yg lama.. buat sesuatu dan jdlah perintis.. then, kita akan nampk lbh baik dan lebih komited..

berakap tentang itu juga.. mcm meeting.. we cant just attend d meeting x buat persiapan.. bergantung kepada mesyuarat.. bile msk meeting.. kite kena tahu.. apa yg boleh dan x boleh untk kita suarakan dalam meeting tu.. ada sesetengah perkara wlpn ahli meetingya sama.. tapi.. x boleh nak bincang perkara tertentu.. sbb masuk dalam mesy lain.. sumtim like dat la.. tetapi semua tu kita akan tahu bila kita da melaluinya.. not to worry so much la.. cume bl round table.. ms tu la kite perlu bercakap.. keluarkan isu yg perlu.. sbb xkn setiap meeting.. nk ckp.. xde perkara nak cakap.. mcm sgt x buat kerja pulak.. jadi preparation itu penting..

then ble kita kerja.. we have to update ourself wif new information tntng bidang kite... org ckp kena expert la.. sbb tu.. kena byk membaca.. garis panduan baru.. graf yg baru.. sbb kite yg nak bercakap.. jadi kite kena jadi org yg paling tahu.. x leh nak jawab, kurang pasti, ada kekeliruan.. itu lain cerita.. tapi cr nak mnjawab semua kekeliruan, ketidakpastian tu kena tahu jugak.. xkn nak cakap.. sy baru, jadi sy x tahu.. semggu lepas mula kerja, kita xleh cakap kite baru kerja.. itu tidak boleh dijadikan alsan.. tapi hakikat la.. tidak semua bnda kita tahu.. cume cara kite jawab tentang yg x pasti itu penting..

mengenai new infrmation, semua2 la yg baru2 ni.. kdg2 itu yg bawa balik buku smpai ke rumah.. modul bkn nipis.. kat ofis.. kdg2 x sempat nak baca.. so, bc kat rumah @ hujung minggu..
mcm dialog semalam
Ibu sy: mnde tu?
saya: buka (g/p diet malaysia 2009, 263 m/s)
ibu: sudah2 la tu bc buku.. kat umah pun nak bc buku lagi..
haha.. jadi mgkin dikatakan skema oleh pihak2 tertentu yg jeles. haha..

selain itu, jgn ingt bile da kerja. kite hanye akan buat senarai tugas kite sahaja.. ada sesetengah perkara yg xde dalam planner kite pun kite kena buat.. pergi kursus, buat kajian, terlibat dalam program dearah wlpn bukan kite yg incharge.. hari keluarga. majlis sambutan tertentu di pejabat..
all those thing.. need our comitment although not a part of our job..

then.. last sekali bile bekerja.. penting untuk kite realize.. kita dalam satu organisasi.. ade org di ats dan ada org di bawah.. kite perlu bezakan arahan, cadangan.. kite perlu tahu cara hendak mewujudkan keselesaan di kalangan semua dengan kita.. kite berhak memberi arahan.. persoalan mcm manan arahan itu akan disalurkan.. kita mungkin tidak suke/setuju dengan arahan yg diberikan.. namun, etika kepatuhan itu penting dalam bekerja..
kite mungkin akan mengundang rse tdak puas hati pihak tertentu.. dengan arahan atau sebagainya.. tetapi jika ia menjd tanggjawab kita.. dan perlu dilaksanakan.. kite tetap perlu teruskan.. kite mgkin tak suka dengan seseorang .. tetapi kite perlu profesional dalam bertindak..

maaf la kalau entri ni membosan kan..
mungkin ada yg ckp.. penulis mcm berlagak bagus.. mcm dia sorang je bekerja..
xde niat pun nak berlagak.. cume nak berkongsi pengalaman saya dengan semua.. pglmn yg cetek.. baru setahun jagung bekerja (macam best jugak kalau buat bubur jagung petang ni..hehe) ..
bukan jugak nak menakutkan org yg msh belum bekerja seperti cik miki dan cik saida (sekadar mnyebut bbrp nama di kalngan blogger kental.. cewah) yg mempunyai semangat juang yg tinggi meneruskan perjuangan menuntut ilmu..
sekadar berkongsi sahaja..

dan
TAHNIAH
untuk cik udeq dan rozaxx..
yg berjaya mencapai apa yg diimpikan..
anda berdua memang hebat la..

dan
TAKZIAH
untk nset fid yg mengalami kemalangan.. eh.. tidak2.. kerosakan..
kesian juga untuk org yg fid x dapat reply msg.. termasuk sy..
hehe..
harap2 nset fid cepat sembuh.. takpun beli baru.. sbb mcm sgt kesian org yg x dpt msg fid.. atau org yg rse dr msg sorang2.. haha..

Tinta PeNuLis : HiduP takKan Sempurna tanPa DugaaN dan MasaLah.. Sebab Sgt X rock lah BiLe takde PengaLamaN yang Boleh Di ceRiTakan BiLa Dah Tua Nanti.. Kata Orang Tua BanyaK MakaN GaraM.. MunGkin SebAB deRia raSa Dah KuRang.. Jadi Perlu LebiH Garam Agar Dapat RAse Sedikt MAsiN.. (x paham.. baca 2 kali.. baru paham)

Sunday, January 10, 2010

Never End Story...

LOVE..
not always knock knock often..
when it does..
you have to let it in..

(Brooke Davis.. OTH)

*********

wah.. kata-kata ini ditujukan untuk saya..
kwn sy cakap.. bile dgr kata2 tu.. terus teringat pada saya...
terima kasih atas kata2 yg bermakna ni..
ditujukan sesuai pada masa yg sesuai..
memberi sedikit keyakinan untuk memikirkan apa yg seharusnya difikirkan
memberi sedikit panduan kerana diri sndr masih kurang kepastian..
tapi belum cukup untuk membuat keputusan ..

*********
mcm sgt seronok untk merepek...
saja berkongsi kata2 dengan semua org..
hehe..

*********
ok la..
tutup cerita pasal kata2 di atas..
pernah tak anda rase sgt x suka ng seseorg
smpai rase nak muntah dgr kata2..
rase cam x sukenya!!!!
rase cam xnk tgk muka..
rase cm psiko je kalau jumpe..
rs mls nk ckp bile ditanya..
rase cam kenapa sgt menyibuk...
pastu
rase cam bersalah wat org camtu
kesian pulak..
rase cam tak patut je layan org camtu..
rase cam kejam je..
haha..

ape nak buat??
xnk berkawan .. tapi xnk la berlaku kejam..
serabut nye otak..

TinTa PeNuLis: Kenapa selalu sgt rase bersalah.. Adakah kita terlalu baik atau kita terlalu banyak berfikir..

Wednesday, January 6, 2010

Bertemu Buku dengan Ruas..

Apa yg sy ceritakan.. . sy sendiri tidak tahu apa pandangan anda pada sy… Mungkin baik.. Mungkin Buruk.. Komen la seadanya.. Kalau anda rs sy tak patut buat.. Benda da terjadi.. tak guna menyesal.. Cuma mungkin sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi…

Mula dengan perkara yang sebenarnye kecil tetapi... kemudian menjadi besar dan kecoh… Bagi sy.. Ofis dan kecoh adalah cukup sinonim.. Xada yang pelik.. Ofis org lain sy x tahu la.. baru2 ni.. seperti yg ditulis dalam blog cik Miki… K. Berang dilanda banjir.. Jadi sy tak dapat pergi ke pejabat.. sbb laluan ke ofis dinaiki air sedlm berapa meter st tak pasti.. tetapi memang tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecuali lori dan jentolak dan semestinya bot la…Kami diarahkan melaporkan diri… di KK @ KD yg berdekatan.. no problem… ramai yg lapor diri lepas tu.. balik umah.. but sy stay smpai pukul 5 petang.. skema?? Mungkin la… tetapi kite bekerja.. kita makan gaji.. xkan nak makan gaji buta.. bukan mslh skema.. masalahnya.. duit itu akan diberikan untuk keluarga.. titik.. jangan membebel.. dan bila punch sy dihantar ke negeri.. timbul masalah.. wlpn my bos da sign pengesahan.. tidak boleh diterima.. kena isi borang… org jknt call sy dan juga call ofis.. pentadbiran la.. well.. as usual.. bila melibatkan pentadbiran.. akan jadi kecoh.. seperti sebelum2 ni. . kebetulan sy di Marang semasa tu.. bagi taklimat.. then, otw balik, smpai depan ofis da... org ofis ni telefon.. sy cakap la.. saya da smpai da kat ofis.. nanti cakap kat ofis je.. fine.. I know.. akan kecoh2…

Then… bila nak ofis.. jumpa PT bahagian cuti.. yg memang terkenal dengan bbrp sikap tidak eloknya.. suka marah2.. suka komplen pasal org… suke mengumpat .. suke tunjuk muka tak siap… suka jadik bos.. bile bos xde.. sbb die PA bos… dan paling x suke.. xnk mengaku salah walaupun memang salah sendr.. opss… satu lagi.. bile bercakap, kurang ajar tetapi bl cakap dengan bos, baik plk, gigi pun x nampak, punye la lemah lembut. Dan sebagi selingan cerita ni, mnggu sebelumya.. dia telah bersikap kurang ajar.. memarahi sy.. meninggi suara dengan sy.. depan org yg sedikit sebanyak mencabar kredibiliti sy [cewahhh!!! Phewittt!!! Cheeewitttt!!!!! Ayt xleh blah] bila tanya psl matron x masuk ofis.. sedangkan.. matron da bgtau bos.. nape dia x msk ofis… dan paling xleh diterima.. dia marah sy.. bile sy bgtau mtron pg meeting… Anda hayatilah dialog di bawah

P: matron x masuk ofis ke?? (terus tanye.. da la tolak pintu bilik mcm nak roboh)

S: Matron pegi mesyuarat Kat JKNT

P: mesyuarat kan petang. Bakpe tak masuk pagi.. (Tunjuk muka tak puas hati)

S: sy tak tahu.. tapi matron kabo die gi mesyuarat.. Mesyuarat maternal death..

P: Memang la… Mensyuarat kematian ibu.. tetapi mesyuarat petang.. Bakpe tak masuk pagi.. Bos pun g mesyuarat jgk.. masuk je ofis…

S: Hah?? (sy speechless …sy terpinga2.. sape yb buat salah ni.. nape yg tak puas hati ng sy plk.. da la suara tinggi.. tanye mcm kurang ajar plk..dan siapa dia untuk complain pasal matron?? Kalau bos yg ckp mcm tu.. acceptable la.. )

Hot giler ngan minah ni… PMS ke pe?? Nak kate PMS.. sepanjang ms dia begitu… xkn PMS sepanjang ms..kecuali dengan bos.. dan org2 yg bek ng die.. Itu cerita mggu lepas… Berbalik kepada masalah punch card..

P: Cik Aida.. Pasal Punch card.. org JKNT telefon.. Marah2 sy…

S: sape yg telefon? [confused. Marah2?? Mcm mustahil.]

P: Orang JKNT la.. nak buat mcm mana ni..

S: Sy lapor diri dekat KD kg Buluh masa tu

P: Ada buku ke??

S: Ada la.. Tulis dalam kertas.

P: Cik Aida lain kali kalau apa2 pasal puncah card.. tolong setel dengan Nab (PT Gaji)… sebab susah la org JKNT teleafon marah2… sedangkan sy xtahu nape2.. [dia start da tunjuk lagak dia]

Sejak dr awal, die asyk membebel, sy nak bercakap pun susah. Bukan nak dengar apa yg sy nak cakap, cakap mcm dia saje je yg tahu, dia seorang je faham. Pastu siap nak mengajar lagi dengan suara tinggi, mcm nak bgtau satu ofis pengurusan tu bahawa sy telah bersalah dan melakukan kesalahan yang sgt besar, yg sekali lagi sy anggap sebagai tidak menghormati sy dan seterusnya menunjukkan dia yg betul.

[Ko pe hal.. x puas hati ng aku…. Xleh cakap baik2 ke… … cakap… mcm aku buat salah besar.. sedangkan aku tak bersalah pun.. hot ni… kes mggu lepas pun x hbs lagi hot… fine.. bertindak.. ]

S: Sape yg telefon??? Beritahu sy nama dia… sy nak telefon balik… org JKNT tu…

[wowie… suara da same volume ng minah ni… satu pentadbiran dengar.. suara merdu i.. haha.. sambil berdiri.. Hot & spicy neh]

P: Org JKNT la..

[nape.. takut ke nak bgtau sape yg call.. ke ko yg reka cerita kena marah.. sedangkan tak pun sebenarnya]..

S: Saya nak tahu nama dia.. Kenapa dia nak marah2nya [provoke lebih ni].. memang JKNT kate punch card sy x perlu melalui pengurusan.. hantar sendiri.. x perlu surat.. cume pengesahan bos… Sy nak telefon balik org JKNT tu…. Dulu ckp lain.. sekarang cakap lain.. semua PZM lain hantar sendiri jugak.. x melalui pihak pengurusan…

[hambik ko… senafas aku mengamuk… dia ingt dia je boleh wat vomue suara camtu.. aku pun boleh buat la.. malas nak tunjuk ke selama ni.. sbb selama ni mampu bersabar agi.. wlpn da byk kali ko buat kurang ajaran ng aku.. bukan aku.. ng org lain jugak.. pucat muka.. ingt aku tak berani ke… da la pndai2 bg arahan pasal kerja aku.. sedangkan JKNT dah ckp camtu.. dia plk terlebih2 pndai bg arahan kat aku.. Jadi PA bos mcm jadi Pengarah Kesihatan Negeri… kalau jadi Pengarah kesihatan Negeri mungkin rs cam jadi PM kot… grrrr… ]

Sy pun nak blah, nak pergi KD KG Buluh ambik kertas lapor diri.

P: Cik Aida. Kalau nak senang isi borang cuti tanpa rekod kalau cuti byk lg. [nada teragak2]

[Eh, minah ni! Suke sgt bg arahan.Pndai2 die je.Bg cadangan tak masuk akal.Mcm dia bos aku pulak!!!]

S: Bakpe sy kena isi borang cuti nye!!!Sy kerja. Bukan sy duduk bersenang- lenang kat KD Kg Buluh tu. Dari pukul 8 pg hingga pukul 5 ptg. Orang lain lapor diri terus balik. Sy tunggu smpai pukul 5 petang, br balik. Dah la kalau sy cuti, sy x dpt gaji. Takkan sy nak cuti. Sy buat kerja sy!

[Hot betul ak. Suka hati je die. Aku tau ko malas nak uruskan, jadi sbb nak senangkan kerja, bagi cadangan tak masuk akal tu. Saje je nak memaksa aku naikkan volume suara sekali agi]

P: Owh… yeke… Bos kate kalau nak senang… (suara perlahan… )

[Suke buat ayat bos yg kate. Suke gunakan nama bos. Sdgkan diri sndr yg kate. Mmg sakit ati betul la]

PT sebelah tak berani angkat muka. Sori kak Zura. Sy pun berjalan nak keluar bhgn pengurusan.

P: Cik Aida. Kejap-kejap. Ambik borang dulu. Kesian plk.

S: Ok. Nanti sy pergi ambik kertas lapor diri.

P: Ok.

Huh… Adakah sy patut apa yg telah sy lakukan? Sy bukan sengaja nak tinggikan suara tetapi sy perlu pertahankan diri diripada dimarahi sebab sy tak bersalah. Sy rse dia juga perlu diajar sbb da ramai bg nasihat kat sy supaya jangan bagi muka kat PT ni. Bukan dengan saya je tetapi hampir dgn semua org dia bersikap begitu. Ramai yg x berani nak melawan sbb takut maken kecoh dan paling malang, dia akan mengadu kat bos dengan menyalahkan org lain. Memang ramai yg makan hati, dilayan dengan layanan yang tidak sepatutnye. Kita semua manusia, walau apapun jawatan kita, walau siapa kita, kita ada maruah dan juga ada rasa malu. Janganlah memperlakukan org lain dengan sewenang-wenangnya

Sy harap dia tak buat hal lagi dengan sy. Sy bukan nak tunjuk besar kepala. Sy pun tak suka meninggi suara sementelah sy pun masih baru bekerja. Namun sy juga bukan sempurna. Sy punya batas kesabaran. Tak boleh ke kite bercakap dengan baik. Perkara boleh dselesaikan, x perlu nak kecoh. Org yg sepatutnye kecoh ialah sy sbb ini berkenaan gaji sy. Sy yg ade masalah, dia hanya perlu menjalankan tugas dia membantu apa yg sy perlukan. Kdg2 sy pun x memahami, kenapa ada org boleh bersikap begitu. Byk lagi yg lbh teruk tetapi cukuplah ini sahaja.