Wednesday, January 6, 2010

Bertemu Buku dengan Ruas..

Apa yg sy ceritakan.. . sy sendiri tidak tahu apa pandangan anda pada sy… Mungkin baik.. Mungkin Buruk.. Komen la seadanya.. Kalau anda rs sy tak patut buat.. Benda da terjadi.. tak guna menyesal.. Cuma mungkin sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi…

Mula dengan perkara yang sebenarnye kecil tetapi... kemudian menjadi besar dan kecoh… Bagi sy.. Ofis dan kecoh adalah cukup sinonim.. Xada yang pelik.. Ofis org lain sy x tahu la.. baru2 ni.. seperti yg ditulis dalam blog cik Miki… K. Berang dilanda banjir.. Jadi sy tak dapat pergi ke pejabat.. sbb laluan ke ofis dinaiki air sedlm berapa meter st tak pasti.. tetapi memang tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecuali lori dan jentolak dan semestinya bot la…Kami diarahkan melaporkan diri… di KK @ KD yg berdekatan.. no problem… ramai yg lapor diri lepas tu.. balik umah.. but sy stay smpai pukul 5 petang.. skema?? Mungkin la… tetapi kite bekerja.. kita makan gaji.. xkan nak makan gaji buta.. bukan mslh skema.. masalahnya.. duit itu akan diberikan untuk keluarga.. titik.. jangan membebel.. dan bila punch sy dihantar ke negeri.. timbul masalah.. wlpn my bos da sign pengesahan.. tidak boleh diterima.. kena isi borang… org jknt call sy dan juga call ofis.. pentadbiran la.. well.. as usual.. bila melibatkan pentadbiran.. akan jadi kecoh.. seperti sebelum2 ni. . kebetulan sy di Marang semasa tu.. bagi taklimat.. then, otw balik, smpai depan ofis da... org ofis ni telefon.. sy cakap la.. saya da smpai da kat ofis.. nanti cakap kat ofis je.. fine.. I know.. akan kecoh2…

Then… bila nak ofis.. jumpa PT bahagian cuti.. yg memang terkenal dengan bbrp sikap tidak eloknya.. suka marah2.. suka komplen pasal org… suke mengumpat .. suke tunjuk muka tak siap… suka jadik bos.. bile bos xde.. sbb die PA bos… dan paling x suke.. xnk mengaku salah walaupun memang salah sendr.. opss… satu lagi.. bile bercakap, kurang ajar tetapi bl cakap dengan bos, baik plk, gigi pun x nampak, punye la lemah lembut. Dan sebagi selingan cerita ni, mnggu sebelumya.. dia telah bersikap kurang ajar.. memarahi sy.. meninggi suara dengan sy.. depan org yg sedikit sebanyak mencabar kredibiliti sy [cewahhh!!! Phewittt!!! Cheeewitttt!!!!! Ayt xleh blah] bila tanya psl matron x masuk ofis.. sedangkan.. matron da bgtau bos.. nape dia x msk ofis… dan paling xleh diterima.. dia marah sy.. bile sy bgtau mtron pg meeting… Anda hayatilah dialog di bawah

P: matron x masuk ofis ke?? (terus tanye.. da la tolak pintu bilik mcm nak roboh)

S: Matron pegi mesyuarat Kat JKNT

P: mesyuarat kan petang. Bakpe tak masuk pagi.. (Tunjuk muka tak puas hati)

S: sy tak tahu.. tapi matron kabo die gi mesyuarat.. Mesyuarat maternal death..

P: Memang la… Mensyuarat kematian ibu.. tetapi mesyuarat petang.. Bakpe tak masuk pagi.. Bos pun g mesyuarat jgk.. masuk je ofis…

S: Hah?? (sy speechless …sy terpinga2.. sape yb buat salah ni.. nape yg tak puas hati ng sy plk.. da la suara tinggi.. tanye mcm kurang ajar plk..dan siapa dia untuk complain pasal matron?? Kalau bos yg ckp mcm tu.. acceptable la.. )

Hot giler ngan minah ni… PMS ke pe?? Nak kate PMS.. sepanjang ms dia begitu… xkn PMS sepanjang ms..kecuali dengan bos.. dan org2 yg bek ng die.. Itu cerita mggu lepas… Berbalik kepada masalah punch card..

P: Cik Aida.. Pasal Punch card.. org JKNT telefon.. Marah2 sy…

S: sape yg telefon? [confused. Marah2?? Mcm mustahil.]

P: Orang JKNT la.. nak buat mcm mana ni..

S: Sy lapor diri dekat KD kg Buluh masa tu

P: Ada buku ke??

S: Ada la.. Tulis dalam kertas.

P: Cik Aida lain kali kalau apa2 pasal puncah card.. tolong setel dengan Nab (PT Gaji)… sebab susah la org JKNT teleafon marah2… sedangkan sy xtahu nape2.. [dia start da tunjuk lagak dia]

Sejak dr awal, die asyk membebel, sy nak bercakap pun susah. Bukan nak dengar apa yg sy nak cakap, cakap mcm dia saje je yg tahu, dia seorang je faham. Pastu siap nak mengajar lagi dengan suara tinggi, mcm nak bgtau satu ofis pengurusan tu bahawa sy telah bersalah dan melakukan kesalahan yang sgt besar, yg sekali lagi sy anggap sebagai tidak menghormati sy dan seterusnya menunjukkan dia yg betul.

[Ko pe hal.. x puas hati ng aku…. Xleh cakap baik2 ke… … cakap… mcm aku buat salah besar.. sedangkan aku tak bersalah pun.. hot ni… kes mggu lepas pun x hbs lagi hot… fine.. bertindak.. ]

S: Sape yg telefon??? Beritahu sy nama dia… sy nak telefon balik… org JKNT tu…

[wowie… suara da same volume ng minah ni… satu pentadbiran dengar.. suara merdu i.. haha.. sambil berdiri.. Hot & spicy neh]

P: Org JKNT la..

[nape.. takut ke nak bgtau sape yg call.. ke ko yg reka cerita kena marah.. sedangkan tak pun sebenarnya]..

S: Saya nak tahu nama dia.. Kenapa dia nak marah2nya [provoke lebih ni].. memang JKNT kate punch card sy x perlu melalui pengurusan.. hantar sendiri.. x perlu surat.. cume pengesahan bos… Sy nak telefon balik org JKNT tu…. Dulu ckp lain.. sekarang cakap lain.. semua PZM lain hantar sendiri jugak.. x melalui pihak pengurusan…

[hambik ko… senafas aku mengamuk… dia ingt dia je boleh wat vomue suara camtu.. aku pun boleh buat la.. malas nak tunjuk ke selama ni.. sbb selama ni mampu bersabar agi.. wlpn da byk kali ko buat kurang ajaran ng aku.. bukan aku.. ng org lain jugak.. pucat muka.. ingt aku tak berani ke… da la pndai2 bg arahan pasal kerja aku.. sedangkan JKNT dah ckp camtu.. dia plk terlebih2 pndai bg arahan kat aku.. Jadi PA bos mcm jadi Pengarah Kesihatan Negeri… kalau jadi Pengarah kesihatan Negeri mungkin rs cam jadi PM kot… grrrr… ]

Sy pun nak blah, nak pergi KD KG Buluh ambik kertas lapor diri.

P: Cik Aida. Kalau nak senang isi borang cuti tanpa rekod kalau cuti byk lg. [nada teragak2]

[Eh, minah ni! Suke sgt bg arahan.Pndai2 die je.Bg cadangan tak masuk akal.Mcm dia bos aku pulak!!!]

S: Bakpe sy kena isi borang cuti nye!!!Sy kerja. Bukan sy duduk bersenang- lenang kat KD Kg Buluh tu. Dari pukul 8 pg hingga pukul 5 ptg. Orang lain lapor diri terus balik. Sy tunggu smpai pukul 5 petang, br balik. Dah la kalau sy cuti, sy x dpt gaji. Takkan sy nak cuti. Sy buat kerja sy!

[Hot betul ak. Suka hati je die. Aku tau ko malas nak uruskan, jadi sbb nak senangkan kerja, bagi cadangan tak masuk akal tu. Saje je nak memaksa aku naikkan volume suara sekali agi]

P: Owh… yeke… Bos kate kalau nak senang… (suara perlahan… )

[Suke buat ayat bos yg kate. Suke gunakan nama bos. Sdgkan diri sndr yg kate. Mmg sakit ati betul la]

PT sebelah tak berani angkat muka. Sori kak Zura. Sy pun berjalan nak keluar bhgn pengurusan.

P: Cik Aida. Kejap-kejap. Ambik borang dulu. Kesian plk.

S: Ok. Nanti sy pergi ambik kertas lapor diri.

P: Ok.

Huh… Adakah sy patut apa yg telah sy lakukan? Sy bukan sengaja nak tinggikan suara tetapi sy perlu pertahankan diri diripada dimarahi sebab sy tak bersalah. Sy rse dia juga perlu diajar sbb da ramai bg nasihat kat sy supaya jangan bagi muka kat PT ni. Bukan dengan saya je tetapi hampir dgn semua org dia bersikap begitu. Ramai yg x berani nak melawan sbb takut maken kecoh dan paling malang, dia akan mengadu kat bos dengan menyalahkan org lain. Memang ramai yg makan hati, dilayan dengan layanan yang tidak sepatutnye. Kita semua manusia, walau apapun jawatan kita, walau siapa kita, kita ada maruah dan juga ada rasa malu. Janganlah memperlakukan org lain dengan sewenang-wenangnya

Sy harap dia tak buat hal lagi dengan sy. Sy bukan nak tunjuk besar kepala. Sy pun tak suka meninggi suara sementelah sy pun masih baru bekerja. Namun sy juga bukan sempurna. Sy punya batas kesabaran. Tak boleh ke kite bercakap dengan baik. Perkara boleh dselesaikan, x perlu nak kecoh. Org yg sepatutnye kecoh ialah sy sbb ini berkenaan gaji sy. Sy yg ade masalah, dia hanya perlu menjalankan tugas dia membantu apa yg sy perlukan. Kdg2 sy pun x memahami, kenapa ada org boleh bersikap begitu. Byk lagi yg lbh teruk tetapi cukuplah ini sahaja.

1 comment:

Nurul Huda said...

teruja betul aku membace dialog2 tu.. cam tgh tgk drama..hihi.. kadang2 kita kena kuang taring sikit baru org tak pijak kepala.. hambik ko 'P' walaupun aku tatau siapekah die tu..huhu