Tuesday, January 19, 2010

Kita Tidak Pernah Belajar

Apa kelebihan manusia berbanding makhluk yang lain
Kita dkurniakan akal untk berfikir

Menelusuri kehidupan yang memaksa saya berjumpa dgn pelbagai jenis orang, pelbagai jenis ragam, pelbagai latar belakang.

Satu perkara yang selalu bermain di fikiran adalah kenapa kita tidak pernah belajar dari kesilapan. Kesilapan di sini merangkumi kesilapan diri sendiri dan kesilapan orang lain.
Maksudnya di sini, ambil pengajaran.
Di mana puncanya?
Kenapa kita terus melakukan kesilapan?
Adakah kita telah berputus asa untk melakukan kebaikan
Mungkin juga.
Memahami bahawa untk melakukan perubahan bukanlah perkara yang senang
Jika kita seorang semangatnya kuat, kita mampu berdepan dengan segala cabaran untk melakukan arus perubahan
Namun tidak semua orang sekuat kerikil
Ada yang ampuh bak kaca yang terus pecah apabila terhempas
Justeru, apabila kita tak sekuat mana, harus diakui kita memerlukan sokongan.
memberi semangat agar kita terus kuat untk berubah.
Di sinilah pandangan serong dan terus menghukum menjadi musuh utama kepada perubahan yang lebih baik.
Bagi yg kuat, lantaklah apa orang nak kata, kita hanya tahu, kita mahu membuktikan kita telah berubah menjadi lebih baik.
Namun seperti yang dikatakan, tidak semua org seperti itu.
Yang lemah akan lemas dan hilang semangat.
Mungkin merencatkan semangat untk berubah.
Jadi patutkah kita rasa bersalah disebabkan pandangan serong dan sinis kita, maka hilanglah sifat baik dalam diri seseorang.

Kadang-kadang saya sendiri akan terfikir kenapa orang sanggup berbuat begitu dan begini.
Itu selalu bermain di fikiran saya sejak akhir2 ini.
Tidak belajar dari kesilapan.
Tidak keterlaluan dikatakan kadang-kadang saya berhadapan dan melihat situasi yang saya tak sangka dan agak keterlaluan.
bile melihat situasi begini, saya cuba bersangka baik.
Kadangkala kita tak tahu cerita sebenar.
namun harus diakui
Pandangan serong itu tetap ada apabila kita tak berubah.
Sekali mungkin kita boleh dimaafkan
Namun bila kita terus melakukan kesilapan.
Rasanya jangan salahkan orang lain apabila bersikap sinis dengan kita kerana kita sendiri telah mengabaikan kesempatan yang orang lain telah berikan kepada kita untuk berubah.

TinTa PenuLis: Memahami berkata-kata tidak semudah melaksanakan. Namun bukanlah lebih elok, jadikan ia lebih positif. Jadikan kata-kata itu sebagai panduan dan ambil sebagai kata-kata hikmah untuk melaksanakan. Sentiasa positif dan segalanya bukan mustahil namun kita harus kekal sedar, bahawa sekuat mana pun kita, kita adalah manusia yang lemah.



No comments: