Sunday, March 28, 2010

Practice Make Perfect

Hujung minggu. Hujung minggu. Apa yang dilakukan sewaktu hujung minggu. Berehat. Namun rasenya masa hujung minggu bekerja sebagai surirumah tangga. Hehe. Practice make perfect. Hikhik. Tidaklah.

Hujung minggu beberapa minggu lepas. Setelah melakukan kerja-kerja rumah. Kemas beranda, kemas ruang tamu, kemas bilik dan kemas dapur. Memang banyak bahagian yang perlu dikemas. Last sekali biasanya kemas dapur Sebelum memasak untuk makan tengahari sebab ibu bekerja. Jadi 100% adalah tanggungjawab saya. Kalau ibu tak bekerja, mungkin tanggungjawab akan jadi 50% sahaja.

Kebetulan pada waktu itu, tidur tak cukup. Bukan sebab tidur lambat tetapi kurang lena disebabkan sakit lengan. Kenapa sakit lengan? Sebab inject vaksin H1N1. Jadi sakit sebelah tangan termasuk sekali leher dan kepala. Ok2. Jangan buat orang lain cuak. Saya memang mudah sakit walaupun kadang-kadang orang lain biasa-biasa aja kena inject. Petang selepas kejadian dicucuk itu, memang rase dah lemah dah. Jadi bawa ke malam. Malam nak tidur lupa nak makan panadol, maka terjadilah malam yang menyeksakan lagi menyakitkan.

Keesokanya harinya (seperti yang dieceritakan di atas) masih bekerja keras walaupun kurang sihat. Well. Tengok-tengok. Saya bukan seorang yang manja ok. Malah sangat kuat semangat. Cewah. Dah settle sesi mengemas rumah kira-kira pukul 12.00 t/h, ada orang kolim. Tak sempat nak jawab. Tengok-tengok my cousin in law. Wah. Wah. Macam dah dapat agak nape dia call. Kolim lah balik. Dia cakap nak hantar my nephew saya yang 2 orang tu ke rumah. Untuk dijaga. Sebab xde orang menjaga 2 orang budak itu sebab dia kena pergi kerja. Her husband yang merupakan my cousin, tidak ada di rumah. Pergi memancing ke Tasik Kenyir. Bermalam di sana. Huhu. Kesian. Sebab saya tahu, dia memang sudah tidak ada pilihan lain, dia terpaksa hantar anaknya ke rumah saya untuk dijaga. Mak cik saya pula ada di Kuala Lumpur. Ok. Hantar la. Walaupun dalam otak duk memikir “macam mana ni? Boleh ke nak jaga 2 orang budak tu?”. Tetapi kalau tak hantar ke rumah saya ke mana lagi nak dihantar. Dengan keadaan yang tak sihat sepenuhnya dan tak sempat memasak lagi. Macam mana ni. Ibu pulak tak ada d rumah.

Tengah cuci pinggan, tiba-tiba dapat merasionalkan diri. Tak perlu berfikir. Laluilah sahaja. Practice make perfect. Hehe. To be honest, saya bukan penggemar budak-budak. Bukan. Bukan. Bukan tak suka. Cuma buka jenis orang yang bila jumpa baby atau kanak-kanak, akan cakap “ala-ala, comelnya dia”. Pastu pegang-pegang baby tersebut. Pastu nak dukung-dukung baby-baby yang masih lembik, memang agak kaku la. Pastu mcm nak agah-agah kanak-kanak mahupun baby, bukan saya. Bukan saya. Haha. Tak tahulah kenapa. Tapi situasi semakin baik lah. Tidak seperti dulu. Kalau dulu, kalau ade budak kecik datang dekat, buat tak tahu aja. Keh.Keh. Keh. Macam jahat aja kan.

Tapi nasib baiklah kedua-dua budak ni, saya suka. Sebab comel dan dah selalu datang rumah. Dan dah selalu jadi manga buli dan teman bergaduh saya. Haha. Cuma ditinggalkan bersama saya tanpa ibu saya, mahupun ibu mereka mahupun nenek mereka dalah situasi yang tidak biasa. Dan yang paling tidak biasa, 2 orang budak dengan seorang manusia yang tidak sihat yang letih serta masih belum memasak. Memang tidak biasalah. Oleh yang demikian, bila timbul idea practice make perfect itu memang idea yang sehabis fikir untuk merasionalkan diri. Sebelum kanak-kanak berdua itu tiba, sempat la menyiapkan rempah ratus untuk memasak. Sempat kopek buah kelapa sendiri dan belah. Terpaksa dah ni. Walaupun tangan mcm cacat sebelah. Lepas kedua-duanya, sampai, ibu mereka ulit untuk tidur takut budak-budak ni menangis nak ikut emak mereka pergi kerja. Parah. Parah. Tapi xnk tidur pulak. Saya dah mula risau. Memang berserah je masa tu. Bila tiba masa my kazen nak pergi kerja, saya pun ikut la hantar. “Adib, tolong tengok-tengok kalau ade lembu masuk dalam pagar umah tok yang “ Cewah. Baik punya ibu dieorg alih perhatian. Perhatian si adik sahaja. Si kakak tak ada masalah sbb dah biasa datang umah saya, sejak kecil. Dah salam-salam. Ok je. Saya pun dukung si adik, cakap kat dia, “Bye-bye mama cepat. Mama nak pergi kerja.”. lepas my kazen dah pergi. “Adib, tengok lembu ek. Kita bukak tv tengok kartun”. Haha. Walaupun dalam hati nak gelak. Tengahari hari jumaat mana la ada kartun. Keh. Keh. Pastu tinggalkan budak 2 orang tu depan tv, sambung masak. Sebab nak cepat, mesin buah kepala pastu blend je kelapa parut tu. Haha. Senang kerja. Xyah nak ramas-ramas pastu perah kepala. Dah la tangan sakit. Risau kan budak 2 orang tu tak terjaga pulak. Dalam duk masak kat dapur, pasang telinga. Takut bergaduh pulak budak 2 orang tu. Ataupun main benda-benda yang tak sepatutnya. Kira 2 dalam satu. Dengar budak2 tu bercakap macam lucu pulak. Pastu terasa dalam hati. Tak ada lah susah sangat. Macam lulus dah aku ni. Haha. Tipu je yang belakang tu. Yang depan betul. Tak lama ibu pun telefon. Mesti ibu dah tahu, my kazen hantar 2 orang budak nakal itu ke rumah. Dah tahu dah. Ibu mesti tak percaya mahupun risau mampukah saya menjaga 2 orang budak itu. Seorang budak pun dia kadang-kadang kurang mempercayai saya. Sebab saya suke mengusik dan bergaduh dengan budak-budak itu. Selain, saya cepat letih. Di kalangan keluarga, saya memang kurang diberi tugas-tugas berat. Sebab kalau org trg cakap ‘dok rok” atau dengan kata lainnya tak larat. Haha. Lepas memasak, hidangkan sekali, tunggu my grandpa n my bro balik solat jumaat, Then, makan. Budak 2 orang xnk makan, sebab masa datang pun dah minum susu. Ok. Baiklah. Bila da siap makan, kemas-kemas. Keletihan. Berehat lah di bilik sebab ade 3 orang tengah menyelia budak-budak itu. My nanny, my grandpa n my bro. Jadi, baby sitter boleh berehat sekejap. Si kakak datang nak tidur sekali. Haha. Sempat lagi gaduh dengan saya sebelum tidur budak ni. Ataupun saya yang cari gaduh dengan dia. Haha. Kena hati-hati sebab kalau dia bertindak ganas akibat sakit hati bila diusik, takut terjadi serangan fizikal. Jadi tangan yang sudah sedia sakit perlu dilindungi. Haha. Seb baik tiada apa-apa terjadi. Maka tidurlah si kakak sekali ngan baby sitter tertidur. Baiklah. Si adik akan lebih senang dijaga kalau si kakak tidur. Jadilah biarkanlah si adik dengan my nanny n my grandpa. Tidak perlu risau. Maka, tidurlah baby sitter dengan si kakak sehinggalah kepulangan my mom. Haha. Letih. Letih. Tapi pengalaman yang bermakna dan menarik. Bila keadaan memaksa boleh sebenarnya. Rase cam berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Well done lah!

3 comments:

Cik feeda said...

wallah...go aida go...

Nurul Huda said...

test dah lulus, bila nya nak one step ahead ni?? hihihi

aeeda_humairah said...

haha..

rase cam lucu je..

udeq..

dah one step ahead rasenye..

tapi step pe tu cam kurang pasti pulak...

hehe