Monday, April 5, 2010

K.A.M.I

salam

saya rase sangat terganggu. serius terganggu. Mujur kesibukan memberikan sedikit ruang untuk mengelakkan diri memikirkan perkara yang mengganggu. Pliz. Pliz. Pliz. mahu melepaskan semua dan segala yang sgt mengganggu ni. Kalau saya ade masa, rase macam nak men badminton atau men pe2 je la, boleh lepas geram agaknya.

tapi..

nak cerita jugak pasal aktiviti minggu lepas. Ade match badminton. Opsss. Thomas tak start lagi. Jangan bimbng.. Saya bukan pemain badmintion kebangsaan malahan, negeri dan daerah pun bukan. Men suka2 je. Pertandingan anjuran jabatan. Masa 1st-1st tu memang berkeras xnak masuk. Walaupun disuruh dan dipaksa masuk. Haha. I memang degil. Seperti biasa. Tapi last-last masuk jugak. Hentam aje la. Raket pun xdak.Seb baik pakaian sukan ada. Haha. Maksud saya, ade la kasut sport. Mase 1st match, rase cam kejadian lama berulang. Hehe. Tapi lepas tu, dah ada keyakinan. Sampai ade yang tanya "dah pernah men ke?"... "tak pun, mari pun x berlatih langsung, saya x biasa men, tgk match kat tv biasa la".. memang jawapan jujur dan ikhlas dari hati nurani yang suci. Haha. ok. Tapi memang jawapan jujur pun. "Tipu la, macam dah biasa men dah". "takk... takk..". eh, eh, tak percaya pulak. Tak apa la. Tak percaya sudah. Actually saya takut dan malu nak men. Tu yang hampa dan hampeh match yang pertama tu. rase cam kaku je. dah ramai orang tgk kita men. Malu. Malu. Pukul shuttle pun kena tak kena aje. Lepas tu, tak tahu kenapa, match kedua tanpa tekanan, sbb dah jd underdog (perasaan sndr la sbb match 1st dah kalah), lepas tu macam lantak la men je. Bila dah selesa sikit, mcm ok je. Hehe. wah seronok la. Tak hiraukan dah orang duk bersorak dan kena kutuk. Xde la kutuk sgt pun. Mengusik je lebih. Hehe. tapi rase cam sgt seronok bermain selain mampu berfikir sebelum pukul shuttle. wohoho.. jom la sape nak lawan. Cewah.

Ok. sehari selepas kejadian. Keluar bersama kawan-kawan. CIk Fid (selaku pilot aka driver persona merah), cik miki [ selaku satu-satunya student, pastu rase diri sentiasa muda, dan satu-satunya ahli kontijen yang memakai baju biasa. kami semua berbaju kurung sebab masa tu masa lunch waktu pejabat], kak sal [pemastautin baru di Kuala Berang selaku lecterur baru di KIST, kuala berang. : Kak sal, selamat datang ke Kuala Berang tercinta.. haha] dan azma [ kawan baik fid, selalu housemate dan ofismate cik fid selain tlg tengok2kn sebarang kemungkinan semasa fid memandu.. haha] dan akhir sekali cik penulis (xde penerangan lanjut).

Kami makan di kedai selera kampung. Ok. Ini cadangan penulis. Tak pernah makan pun kat sini tetapi pernah la makan makanan kat sini. Makan-makan, cakap-cakap, gelak-gelak, pastu kutuk-kutuk sikit. seronok lah. Tapi kurang seronok dengan layanan pekerja-pekerja di kedai itu. Muka lawa tapi masam mencuka. Macam la orang makan free kat situ. Bayar ok. Bila tanya buat muka cam x suka. dah tak tahu ikan pe, tanye la. macam xnk ambik order je. Grrrrr.. Memang tak bagus langsung. Mungkin kami semua comel-comel belaka. Jadi mereka rase cam x tentu arah.. Kahkahkah.. Betul tak kawan2??? Lain kali tulis awal-awal kat pintu msuk "ORANG COMEL DILARANG MASUK". kompen kami tak masuk. Senang cite.

2 comments:

miki said...

entahnye.. kereks pula kan.. mentang2 kedai tersebut hangat di pasaran..

aida!! budimu akan di bawa smpai mati..

Nurul Huda said...

wah men badminton!! best2 :)