Wednesday, April 21, 2010

Siapa Kata....

Institusi Kekeluargaan.. Kenapa semakin hari semakin banyak masalah yang timbul dan dipaparkan tentang masalah-masalah berkaitan dengan institusi kekeluargaan.. macam-macam..
penceraian ibu bapa, anak bergaduh dengan ibu bapa, anak lari dari rumah dan macam-macam lagi. Macam-macam lagi. Macam-macam lagi. Eh, banyaknye macam-macam lagi. MEMANG BANYAK LAH!

kalau nak dihuraikan satu persatu mungkin sy perlukan sekurang-kurangnya 4-5 jam menulis tanpa henti dan juga tanpa sebarang gangguan yang mungkin merencatkan idea yang mencurah. Jadi saya memilih untuk menulis tentang satu perkara sahaja. Masalah ibu bapa sehingga membabitkan keruntuhan rumah tangga.

Siapa kata.. ianya tidak memberi kesan kepada anak-anak?? Secara peribadi saya sangat tidak bersetuju ia tidak memberi kesan kepada anak-anak. Siapa berani kata anak-anak tidak terasa?? Kalau pernah alami dan kata tidak terasa memang tipu la. Mungkin peratus atau tahap "TERASA" itu berbeza. Ada anak-anak yang SANGAT terasa, KADANG-KADANG terasa mahupun terasa SIKIT-SIKIT je.

Sebenarnya dari apa yang saya lihat. ia melibatkan dua pihak. Anak-anak dan ibu bapa. Kesan kepada kedua-dua belah pihak.

Kalau ibu @ bapa mengatakan mereka mampu menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak setelah berlaku perpisahan, mungkin ya atau mungkin tidak. Satu perkara yang pasti dan nyata saya rase IA MEMANG BERBEZA. Ibu tak mugkin menjadi ayah dan ayah tak mungkin menjadi ibu. Perbezaan yang pertama yang terang dan jelas adalah ibu dan ayah adalah berbeza jantina. jadi segalanya adalah berbeza. Yang kedua, bila melibatkan perbezaan jantina, pendekatan dan pemikiran antara kedua-duanya adalah berbeza. Sangat berbeza. Jadi apa yang diterima oleh anak-anak juga berbeza. Kalau yang tinggal dengan ibu, cara ibu berbeza. kalau yang tinggal dengan ayah cara ayah berbeza. Sebab secara semulajadinya sifat lelaki dan perempuan itu berbeza. Penting sangat ke perbezaan ni? Memberi kesan ke? Jawapan saya senang sahaja, memang memberi kesan. Sebagai contoh, memang ibu mahupun ayah sayangkan anak-anak, tetapi cara menunjukkan kasih sayang itu berbeza. Dan anak akan menerima dengan cara yang berbeza. Ada anak yang memahami, itu cara ibu atau ayah masing-masing. tetapi ada yang tak memahami. Sebab itu timbulnya ayat "Ibu @ Ayah marah sebab sayangkan kita". tetapi kadang-kadang anak tak memahami. Mereka merasakan marah itu tanda tidak sayang dan tidak memahami jiwa remaja kononnya. Cuma dalam konteks perpisahan ini saya dapat katakan kalau sebuah keluarga itu sempurna, akan ada suasana HOT and COLD. Kalau ibu yang marah, ayah akan fahamkan anak-anak RELEVANnya tindakan ibu tersebut. Sebab bila marah, kita akan ucapkan sahaja apa yang terbuku di hati. Kadang-kadang tanpa penerangan dan alasan yang perlu difahami oleh anak-anak kenapa dan apa kesannya jika terus buat salahnya. Kalau itu terjadi dalam sebuah keluarga yang sempurna, ayah boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah dan orang yang bertanggungjawab dalam memberi penerangan. Saya tak berkata untuk menyebelahi tetapi menjd orang tengah. Sebab mungkin juga pendekatan si ibu memang salah, jadi ayah juga menjadi orang yang perlu menegur si ibu. Niat yang betul, bila cara yang salah digunakan, niat tidak akan nampak betul di mata orang yang melihat dan mendengar atau dengan kata lainya, orang yang KENA MARAH. Tetapi kalau tiada keluarga yang sempurna, siapa yang akan jadi orang tengah. Kalau anak-anak sudah dewasa atau sekurang-kurangnya boleh berfikir terutama anak sulung, mungkinlah boleh dijadikan sandaran, tetapi kalau semuanya masih remaja, masih belum matang, tak mampu berfikir secara rasional ataupun memandang sesuatu perkara dari sudut yang positif, maka akan berlaku lah konflik dalam hubungan anak-anak dengan ibu @ ayah tunggal. Anak-anak akan terbiar, banyak masalah di rumah. Mereka merasakan rumah bukan lagi suatu tempat yang membahagaikan dan kadang-kadang membuatkan anak-anak "tension". Lebih banyak masa ingin dihabiskan di luar rumah. Kalau berkawan dengan kawan-kawan yang OK maka OK la. Kalau TAK OK maka TAK OK lah jadinya. Dan bebanan masalah yang besar dan berat ini dtanggung oleh satu pihak sahaja (ibu @ ayah) sedangkan ia sepatutnya menjadi tanggungjawab 2 pihak (ibu DAN ayah) di dalam sebuah keluarga yang sempurna. Banyak lagi bebanan yang ditanggung, bebanan kewangan, bebanan tugas, bebanan perasaan, bebanan fikiran, bebanan emosi dan bebanan kasih dan sayang sekarang menjdi bebanan satu pihak sahaja. Kalaupun satu pihak lagi mengambil berat dan mengambil tahu masalah anak-anak, seperti yang selalu saya coretkan, yang mendengar itu tak sama dengan yang melihat. Kalau sekali-sekali berjumpa, mungkin seminggu sekali tak sama dengan yang melihat setiap hari di depan mata. Ketakutan, kekecewaan, keletihan melihat dan berfikir tentang masa akan datang, jika yang tidak kuat hati dan semangat mungkin akan rebah di tengah jalan. Sebab yang menjadi ibu dan ayah itu juga manusia biasa. Mereka juga lemah dan bila kerap kali diuji, ramai yang tak mampu bertahan. Kadang-kadang mempunyai seseorang untuk berkongsi perasaan dan masalah itu sudah cukup baik walaupun untuk menyelesaikannya jauh panggang dari api. Tetapi sebenarnya sudah cukup baik untuk yang menerima. Huh. Panjangnya perbincangan serius tahap1.Hehe.

Kalau melibatkan pihak yang satu lagi, iaitu anak-anak sama juga. Kanak-kanak terkesan. lagi cepat anak-anak matang, lagi cepat mereka terasa. Kalau mungkin cukup kasih sayang, kadang-kadang mungkin berduka. Kalau kawan-kawan lain datang ke sekolah, datang ke majlis hari penyampaian hadiah dengan kedua ibu bapa, kenapa KITA lan dari yang lain. Yang memahami tidak mengapa. Yang tak kisah tak mengapa. Tetapi yang berduka dan memendam rasa macam mana. Tidak dapat tidak persepsi negetif akan timbul di kotak pemikiran mereka. Anak-anak kecil hanya ade dua perkara yang bermain di fikiran. Baik atau Jahat. Kalau satu pihak baik, satu pihak lagi adalah jahat. Mereka tidak berfikir apa, mengapa, bagaimana segalanya yang terjdi. Itu memang bukan silap mereka. Kerana mereka terlalu kecil untuk memahami dan mengetahui masalah orang dewasa. Jadi itu terpulang kepada ibu@ ayah itu sendiri yang tinggal bersama untuk mencorakkan pemikiran anak-anak. Mengubah persepsi anak-anak terhadap suatu pihak lagi. Hubungan anak dan ibu bapa takkan terputus bila ibu bapa berpisah. Bercakap memang senang. Tetapi berapa ramai yang bertanya dan mnyelami hati anak-anak jika benar hubungan dari sudut emosi, persepsi dan keakraban itu tidak berubah. Saya tidak katakan semua. Cuma kebanyaknnya memang berubah. Salah siapa?? yang pastinya bukan salah anak-anak. Salah ibu bapa? Tidak semua salah mereka. Ada yang terpaksa bila keadaan memaksa. Situasi yang memungkin semua itu berlaku. Cuma manusia boleh berubah. Kalau boleh diperbaiki keadaan, mengapa tidak melapangkan dada, menginsafi kekhilafan dan memohon kemaafan. Masa tak akan diundur kembali, tetapi adakah kita mahu terus membiarkan perkara yang boleh diperbaiki begitu sahaja. Sekurang-kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan mampu mengurangkan implikasinya kepada anak-anak walaupun tidak dapat dikurangkan sepenuhnya. Mungkin lebih baik. Insyaallah.

Kenapa saya menulis begitu panjang?? Meluahkan isi hati ke? Saya bekerja dan mendengar dan melihat banyak perkara yang melibatkan masalah rumah tangga. Saya juga baru mendengar satu cerita yang kurang enak dan menyedihkan. Kenapa? Kenapa? Kenapa tidak berfikir?? Kenapa membuat keputusan yang banyak kesannya sedangakn kita memang ada pilihan lain. Kenapa memilih jalan yang salah sedangkan itu boleh dielakkan. Senangnya berkata-kata. Senangnya hanya berfikir tentang kepentingan diri sendiri.

Percayalah!. kalau sebaik mana pun kita cuba mengelak, masalah akan timbul. Lagi banyak kita menipu, lagi banyak yang akan terbongkar. Sekali mungkin tersilap, tetapi kalau 2 kali, itu menunjukkan kita tak pernah belajar dari kesilapan.

KADANG-KADANG TAK FAHAM. APA YANG ORANG CARI DALAM HIDUP. APA YANG DIFIKIRKAN. APAKAH MAKNA KELUARGA DAN KASIH SAYANG PADA MEREKA. WAJARKAN ANAK-ANAK KECIL DIBEBANKAN DENGAN BEBABAN PERASAAN YANG BERAT DAN MNYEDIHKAN SEDANGAKAN RAKAN-RAKAN LAIN SERONOK BERMAIN DAN MASIH TIDAK TAHU APA-APA. SANGAT KASIHAN BUKAN????


2 comments:

Cik feeda said...

woit...pnjg btol penjelasan. bgs la ko ni aida. menulis supaya org lain bole berfikir.
tp sbnrnya bertitik tolak pd indvd tu sndr. org yg ad matlamat dlm hdp, tahu makna sebuah keluarga msti dpt hindari mslh2 yg bole meroskkan sesebuah keluarga...tp bkn khdpn tanpa mslh..so bijakla membuat keputusan...cewaahhhh...

aeeda_humairah said...

hehe.. aku menulis berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling.. mungkin blh dijadikan pengajaran.. but some people tak nak belajar dr sekeliling..