Wednesday, March 24, 2010

i'm ok, ok!

Salam..

Nak bagitau ni.. nak bagitau... skang blog ade polisi.. polisi ini diiktiraf oleh tuan punya blog sahaja.. bukan dari mana badan-badan berkanun yang lain. Hehe.
Polisi blog adalah seperti berikut:

Blog akan hanya akan dibuka kepada umum semasa waktu pejabat sahaja. Dan waktu pejabat itu adalah waktu pejabat di Terengganu. Ini bermakna tidak termasuk hari jumaat. Waktu pejabat sahaja dibuka kepada umum.. selepas waktu pejabat iaitu selepas pukul 5 akan ditutup kepada umum.

sebabnye kenapa? sebab penulis xdpt access tenet selain waktu pejabat.. selain itu, ade sebab-sebab lain yang x dapat dinyatakan. rahsia dan rahsia.

Okeh. kita sudah selesaikan part pertama penulisan pada kali ini. Kita masuk ke part seterusnya.

Owh.. saya telah dijangkiti (x tahu lah boleh guna word dijangkiti ke tak) penyakit costochondritis.. iaitu radang pada tulang esp lower rib.. xtahu la nape tibe2 leh dapat sakit ni. sakit tulang lepas tu rase cam nak demam. Sebab tulang sebelah kiri, sy memang orang yg terlebih risau.. Pastu sakit2 bahu gak (tak pasti, mgkin sbb psiko, rase berdenyut sikit pun dah mcm berdenyut-denyut. kan dah cakap saya memang cepat psiko kalau berkaitan sakit). pastu terus psiko. ke sakit jantung. Wlpn rase cam mustahil, bile kite riso, mcm2 yang bermain di fikiran. Bila dah sampai ofis semalam, pagi cam ok lagi. dah lama-lama ckit, cam rase sakit. Bertambah la tahap kerisauan sedangkan tahap asal pun dah cukup menakutkan.

Masa waktu tengahari tu, sebab kerisauan dah tahap sampai ke kemuncak, maka telefon la M&HO klinik yang terdekat, Dr Baizura (Dr Bai). Dr Bai ade kursus. Cerita la kat DR Bai, dia pun tanya " Ade angkat bnda berat ke?". Tak ada rasenya. "Mungkin Costochondritis". "hah? Ape tu?". Mcam radang pada tulang. G klinik la, jmpe Dr fauzani. Ok2. Bahaya tak doktor? haha. nampak tak kerisauan yang beraja di hati?? Nampak kan. Nampak kan. "X bahaya. dia bagi painkiller, rest ok la". Ok2. Gembira cam lepas satu beban dilepaskan.

Tapi sekejap je. Lepas tu risau balik. Huhu. Riso selagi xde ubat. Macam duk fikir. Sebab ayt dr sebab awak ade penyakit. Mase dgr cam xde rase pe2. Lepas tu mcm byk berfikir sebab riso.

Oleh yang demikian, petang tersebut pergi la ke klinik berdekatan. Hehe. Segan sebenarnya. Sbb nak bgtau sakit tulang rusuk kat kaunter depan. Dah la semua kenal. dah dapat kad, pastu ade kosong je, terus masuk. Yang jaga tu suh masuk terus je. Jumpe MA. Hehe. Cakap la. Sakit tulang rusuk. Lepas tu beritahu apa yang Dr cakap sebelum ni. Dia cakap.. Owh.. Dia pun terus tulis ubat lepas tanya-tanya cikit. Pastu dia cakap radang2 sebab jangkitan. Hah?? Tanya lagi. "Bahaya tak?".. Haha. MA tu senyum je. Mesti die kate. "PZM ni mcm cuak semacam. Tak padan orang kesihatan". lantak la. sebab cuak dengar die cakap jangkitan. Pastu die check tonsil, BP. Wow. BP 148/90. Gile tinggi. Dia cakap. Tinggi ni. Mcm mana jaga makan. Hello! Hello. baik punya sound. Saya cakap bukan sbb makan ni. Mungkin sebab stress... Sebab risau sekali ng banyak kerja mungkin. Tapi macam sgt tinggi. Jadi ade masalah dan kerisauan baru iaitu kenapa BP boleh jadi tinggi..

Lepas MA tu tanya, umur berapa?? 24 tahun tahun ni. Hah? 24 ke? Yela. Tahun ni 24 tahun la. Macam pelik. Tak percaya ke ape? Ke nampak tua?? Ke tak percaya, muda sangat?? Namun persoalan itu hanya tersimpan dalam lubuk hati. Tidak tertanya walaupun nak sangat tanya kenapa buat reaksi pelik begitu. Nampak tua ke saya ni?? Tapi setelah lebih rasional, x perlu berfikir. Nampak lebih tua pun ok ape. Lebih matang. Takkan nak selalu umur 19 tahun. Haha.

Diri semakin sihat. Alhamdulillah. Hopefully everytim will b ok.

TinTa PeNuLis: Kenapa hidup perlu ada polisi...

2 comments:

Cik feeda said...

u have to be ok...dun worry bebeh...

aeeda_humairah said...

hehe..

dah ok dah....