Monday, March 22, 2010

Cinta Oh Cinta

Salam Penulisan

Persoalan yang silih berganti. Wow. Bukan. Tak pernah silih berganti pun. Tidak. Tidak. Cuma isu cinta macam hangat je sejak akhir-akhir ni. Minggu lebih tepat minggu ni. Baca Mingguan Malaysia tajuknya:

Tak tahan menahan panggilan cinta Lombok oleh ; Noraini Abd Razak

Dimulakan dengan pantun

“nasi lemak buah bidara

Sayang selasih hamba turutkan

Buang emak buang saudara

Kerana kasih hamba turutkan”

Isu cinta Lombok ni bukan baru tetapi sentiasa ada kes baru. Tetapi satu ayat penulis yang buat saya rasa memang tepat dan sinis adalah

“Tanpa berfikir panjang atau menjadikan takdir dan jodoh sebagai sandaran, maka gadis2 Melayu nekad melarikan diri bersama cinta seolah-olah hidup yang bakal dibina cukup sekadar dengan cinta”

Haha.. Bila baca memang rasa nak gelak. Boleh tersenyum. “Hidup dibina cukup sekadar dengan cinta”.. Dengan kata lain, makan cinta, tidur cinta. Segalanya boleh degan kekuatan cinta. Lepas tu dalam ruangan kartun pun berkenaan isu cinta Lombok. Dialognya berbunyi:

“Dulu gadis hanya pandang lelaki kaya, berharta, berpangkat besar, poket tebal, dan hensem sebagai jodoh. Tapi sekarang tidak lagi. Hanya sedikit umpan kata-kata cinta, berbekalkan sejengkal kebun sayur, kebun ulam dan sawah pagi sekangkang kera saja dapat membeli cinta. Sejumlah 500 wanita kita lari mengikut jejaka Lombok”

“Pelik sungguh! Cinta buta juga mereka pilih. Ceh!”

Rasa nak gelak lagi. Tetapi itu hakikatnya. Bukan mahu memperlekehkan cinta mereka. Sebab kurang adil kerana ada yang bahagia. Cuma kadang-kadang geram, sebab bila ada masalah, sibuk minta pertolongan orang. Ok la. Cukup. Tak perlu marah-marah.

Isu cinta kita teruskan. Sebab sekarang, isu hangat semasa adalah cinta. Jadi saya juga terjebak sama.

awak mcam sgt bertegas”..

Haha.. Sy gelak sbb kena sound. Sebab memang dah biasa dah kena sound.

Hahaha...jangan jadi macam saya.”.

Memang sy agak bertegas dalam isu-isu tertentu. Tapi untuk kebaikan saya rasa.

Saya juga tanya pada seorang kawan yang lain

Awak yakin awak mampu hidup dengan dia?

.. Wah, soalan mcm sgt direct dan sgt membunuh. Tapi saya memang org yang berterus- terang apa. Untuk kebaikan dirinya juga saya. Haha. Niat di hati mahu kawan-kawan berfikir panjang dan tidak menyesal di kemudian hari.

Jangan banyak meminta” atau dengan kata lainnya “Jangan demand sangat”.

Dan saya terus menjawab (budak ni memang suka menjawab kalau orang cakap.. haha.. mungkin la kawan saya kata camtu dalam hati dia)

Bukan demand, Cuma tak rase akan ade persefahaman”..

Benda yang penting bagi kita.. perlu penting bagi dia

atau dengan kata mudahnya, benda yang besar dan bermakna bagi kita, perlu ada persefahaman dengan orang itu. Sebab kalau tak, akan menjadi masalah besar. Perkara-perkara kecil xde persefahaman mungkin tidak lah memberi kesan sangat atau dengan kata lain bukan sme bnda perlu sama pendapat kan. Betul tak. Bukan nak jadi macam kembar ke ape. Bukan kena pakai baju same kaler nak nampak sama. Haha. Opsss… Isu sensetif…

Tapi isu dan perkara yang penting bagi kita itu perlu ada persefahaman. Sebab bagi setiap orang perkara penting dalam hidup adalah berbeza, kehendak juga berbeza dan kita memandang kehidupan juga dengan cara yang berbeza. Kalau isu dan perkara penting x dapat capai persefahaman maka akan timbul la konflik. Walaupun mampu bersabar untuk mempertahankan hubungan, mungkin selalu memendam rasa. Kalau sebelum kahwin mungkin la ok sikit, kalau dah kahwin, pandang muka pun sakit hati, macam mana nak hidup bersama. Sebelum kahwin, kalau ada masalah boleh la keluar bersuka-ria dengan kawan, xyah la memandang muka tetapi lepas kahwin, duk pandang muka yang menyebabkan kita makan hati, berapa lama boleh bertahan? Kalau kuat semangat, kalau ada anak, mungkin anak sumber kekuatan, boleh la bersabar dengan harapan pasangan akan berubah. Teruskan juga memendam rasa.

SUKA ATAUPUN TIDAK… AKU TERUS MEMENDAM RASA..

Itu ayt yang post kat facebook. Hehe. Kawan2 pun memberikan komen..

Ayt NINAKO “berhati-hati memendam rasa”

Perkara pertama ialah ayat itu adalah lirik lagu (dendam dalam diam by Nora).. walaupun lagu cinta.. tapi saya memandang lirik di atas bukan atas dasar cinta. Bukan soal hati dan perasaan namun secara umum kehidupan yang dilalui. Ada perkara yang kadang-kadang kita suka ataupun tidak, kita tak mampu menyatakannya kerana diam itu lebih baik. Lebik baik tengok sahaja. Kerana berkata-kata mungkin menambahkan kekusutan. Katakn kita tak sukakan sesuatu, namun lebih baik kita diam, sebab berkata-kata mungkin akan mengguris hati orang lain. Cuma kata-kata ini macam sedikit jiwang (bak kata FID) untuk diaplikasikan untuk kehidupan.

Berhati-hati memendam rasa ayat dari NiNa mungkin merujuk kepada soal cinta. Saya agak la. Lalu saya katakan padanya “rasa mcm berpijak di bumi yang nyata dan realistik”.. Bukan memendam rasa dengan menyimpan harapan sesuatu yang tidak pasti.

Persoalan yang pada pendapat saya perlu di tanya kalau seseorang itu ingin bercinta ialah “adakah kita rasa kita boleh hidup dengan si dia untuk sepanjang hidup kita?”

Ok la. Mungkin ada yang kate, penulis sangat negatif. Tau tak apa. Penulis juga sangat berfikir.. Mungkin juga penulis anti-cinta. Haha. Tak kenal maka tak cinta ok. Ok. Cinta lagi. Siapakah yg mmpu mengubah pandangan dan pemikiran penulis mcm sangat2 dialu-alukan.

Cinta tak bersalah namun manusia yang menyebabkan cinta itu dipandang serong. Cinta tak mampu berfikir. Manusia mampu berfikir. Jadi jangan salahkan sesuatu yang tak boleh berfikir namun salahkan manusia yang mampu berfik. Tak salah kita mencintai seseorang namun bagaimana cinta itu disalurkan. Bagaimana menunjukkan rasa cinta. Apakah niat kita untuk bercinta dan kenapa kita mencintai seseorang?

Huhu. Pendapat sgt panjang berjela. Sekadar pendapat. Mungkin ada yang tak suka. Mungkin ada yang terguris rasa. Mungkin ada yang kata, sibuk sangat komen pasal cinta, bukan doctor cinta pun. Haha. Saya pernah cakap pada sorang kawan “Nape rase macam pakar pasal cinta”.. keh..keh.. keh..

TinTa PeNuLis: Tengah menaip entri ni, Sambil tengok cerita Jidin, tiba-tiba Jidin keluarkan ayat “Kenapa makhluk di bumi asyik fikirkan tentang cinta? Tak ada tentang lain ke? “.. Tibe-tibe tersenyum sendiri. Nak Gelak pun ada. Jidin memang tepat dan sinis la dengan entri malam ni. Cinta.. Cinta.. Cinta..

3 comments:

Cik feeda said...

BIG WOW...xtau nk komen ape.

setiap org ad pndgn msg2 tntg cinta. cinta xslh pon, cuma yg pntg adlh cr kita menilai cinta. org skrng ni terlalu taksub kot dgn cinta n nafsu. 2 yg bole smpai ke lombok 2..haha

cinta itu anugerah. xperlu dilawan atau dilayan tp perlu diurus dgn baik...(ayat nan hasil dr ceramah paradigma cinta..aha)

tp pndgn tntg cinta skrg dan bagaimana kita merasai cinta nanti adalah jauh berbeza...

Nurul Huda said...

pjg betul entri, nanti aku baca dgn lebih teliti ek, tgh ngantuk ni takleh focus tgk byk sgt ayat..hehehe..

memandang harta dlm bercinta memang tak bawa ke mana tapi cinta semata pun bahaya..huhu

mikichann said...

haha..

ayt nan mmg power skrg.. leh jd pakar motivasi..

btl ckp udeq.. memandang harta adalah tidak perlu.. cinta shja juga bhya..

tp nasihat anda mmg berguna..

saya berdoa anda mendapat org yg memahami..
=)
tetttttt