Sunday, July 18, 2010

Hidup Bukan Untuk Dunia Sahaja...

Salam.. blog asyk tertinggal bas sahaja.. x sempat nak kejar... huhu.. busy [sape rase nak kutuk dalam hati dengan ayat cam die sorang yang busy.. silelah minta maaf dari saya raya nanti... haha.. insyaallah kalau saya baik hati, saya akan maafkan]..

PART 1

walaupun dah cakap sebelum ni. xnk cakap sal kerja.. namun apakan daya.. nak cakap jugak.. sebab itu adalah kehidupan saya buat masa sekarang..

secara jujurnya.. minggu lepas n one week b4 dat, sangat tertekan dengan kerja.. smpai menangis2 dibuatnya.. Cik CT telefon d ofis sblm meeting n i'm crying.. huhu... pastu cepat2 mekap balik.. sbb nak masuk meeting xkn dengan muka lepas menangis.. petang, CT telefon lagi.. nangis lagi.. last sekali.. balik kerja CT telefon lagi.. nangis teresak2 lagi.. smpaikan CT speechless xtahu camne nak cakap.. tq CT.. sudi mendengar luahan hati yang tak seberapa dan mungkin sedikit kurang motivasi ditambah lagi dengan kurang sokongan peribadi.. haha.. x perlu baca ayat last... saya mengarut sahaja.. boleh ignore sahaja..

sehari selepas kejadian menangis teresak-esak smpai merah2 muka yang sudah sedia merah itu, kehidupan kembali bermkna.. cewah.. ayat mestilah best kan... untk memberi gambaran yang lebih jelas apa yang berlaku... begitulah aturan hidup.. selepas kita rase kita down to d earth.. kite kembali meneruskan hidup dengan lebih bersemangat daripada biasa.. betul lah orang kata, kekecewaan, kesedihan dan sifat putus asa yang bersifat sementara itu adalah pemangkin terbaik untuk kita melakukan yang lebih baik, menjadikan kite lebih bersemangat dan motivasi terbaik untuk menjana kejayaan yang lebih manis.. saya selalu mengakui itu.. setiap kali rase tertekan dan sedih, saya menunggu apakah kemanisan yang Allah akan berikan kepada saya.. saya sedar semua itu, cuma mungkin perlukan sedikit kesabaran.. kalau duka itu berpanjangan dan agak lama.. nescaya, saya akan rasai kegembiraan yang berganda2 selepas itu.. semoga saya kekal berpegang dengan janji Allah dengan penuh kesabaran.

PART 2

Sekarang hanya tinggal ibu bersama nanny dan tokki saya di rumah.. my siblings n i tiada d rumah.. kedua2 adik saya belajar, seorang di tanjung malim dan seorang lagi di kuala terengganu.. thanks God.. saya selalu mengharapkan yang terbaik untuk adik2 saya.. semoga mereka ada kehidupan yang lebih baik akan datang.. esoknya adik lelaki nak daftar masuk umt ibu cakap "Lepas dah hajat umi nak tengok anak2 berjaya".. seperti ibu melepaskan rasa lega yang amat sangat.. saya pun lega.. sekurang2 kurang sedikit kerisauan mengenai masa depan adik2.. iye saya tahu.. tahap pendidikan bukan satu-satunya ukuran kejayaan hidup seseorang..itu saya akui dan sedari.. sebab saya selalu percaya pada " x cerdik tak apa asalkan jadi orang yang baik.. orang yg baik.. Allah akan tolong" buat apa jadi orang bijak pandai kalau perangai entah ke mana.. betul tak.. buat apa gaji besar2 kalau lupakan ibu bapa.. buat apa duit juta2.. kalau x ingat kawan di masa susah senang dahulu.. buat apa menunjuk2 dengan kemewahan jika lupakan orang yang tak cukup makan.. semoga saya dijauhkan dari sifat2 mazmumah tersebut.. biarlah kehidupan dunia dan akhirat itu diseimbangkan... jangan yang dkejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. hidup adalah untuk mencari redha Allah..

TiTiPaN RaSa: Di manakah letaknya permulaan kehidupan yang lebih baik?? Dari sekeping hati yang suci dan ikhlas kerana Allah...

No comments: